Wednesday, December 9, 2009

pengumuman,,,,

tahun depan aku update blog aku eh...
skrg nie xde masa mau bercuti dulu hehehe..
jumpa tahun depan don't miss me hehehe...

Thursday, November 26, 2009

"FINALLY"

PERASAAN AKU SKRG...share with me okay hahah...
Akhirnya sem 4 berlabuh tirainya dgn semangat yg masih menbara-bara hahah (ayt poyo hehe)
16-26 nov masa utk bergelut dgn nota2 dan buku2 latihan serta nasihat dari family mahupun rakan2ku heheh...buat rakan2 yg telah bercuti selamat bercuti aku ucapkan walaupun tak bersua muka salam maya ku utuskan hahah...selamat hari raya korban utk esok for muslim peoples and merry christmas to all christians all over the malaysia yaa...
hahah..apapun aku tak sabar nak balek sabah huhuh..tp lame lagi 13 dec nie...till 6 jan so don't miss me hihihi...
before balik sabah aku kena menghabiskan tentatif program aku utk sem nie kat unitar nie hmmm......
  • 28 nov-kalo xde aral melintang aku akn ke bukit beruntung for charity...
  • 03 dec-dapat jemputan drpd UNITEN utk program universiti tue..so nak g ke xnak huuh...
  • 04-06 dec- wajib!! ikut KEM GENERASI GEMILANG ke kuala kerling kuala kubu baru selangor huhuhu..agak laa kan..MPM DIWAJIBKAN...
  • 13 dec-balik sabah (KK) tak sampai kg lg..nak g lawat kakak kat sandakan dulu heheh round2 sabah dulu sblm balik Kampung Tangkarason yg KU RINDUI hehehe...
  • pada mami dan yg lain2 tunggu kepulangan ku okay heheh...
P/S: jumpe tahun dpn k...if xde new post tue maknenya i'm not atound yg ade internet k..selammmmmmmmmm

Monday, November 9, 2009

GOOD LUCK

TO ALL FRIENDS... good luck for the final examination okay....
SEMOGA DAPAT RESULT YG MELETUPPPPP!!!!!!!!!!!
CHAYO..CHAYO....

Thursday, October 29, 2009

Buat Teman2 Di luar Sana..

Warkah buat Teman Seperjuanganku
Teman.....Dalam mengejar arus kedewasaan ini aku dengan seikhlas hatinya menabur debu segala jenis kasih sayang kearah jalinan persahabatan ini.

Teman,Aku mengerti akan hakikat sebenar yang bakal kita lalui setelah hidup kita bakal diterangi cahaya masa depan iaitu hidup sebagai seorang dipertengahan usia tidak lagi pada masa sekarang iaitu zaman remaja.Bukan aku menaruh harapan supaya kita selalu berjumpa ,namun dihati ini terselit perasaan rindu yang amat mendalam.

Teman,Sebagai mana baik budi mu terhadapku,setinggi gununglah cubaanku untuk meneruskan perjuanganku sebagai sahabatmu yang sentiasa periang dan ceria sewaktu dahulu.Selama aku mengenalmu inilah kali pertama aku ingin mengucapkan sesuatu yang mungkin berharga bagi dirimu.

Teman,Jujur aku akui kaulah sahabatku yang paling istimewa walau hakikatnya kau dan aku sering bertegang leher lantaran sikap angkuh yang menguasai diri.Terima kasih kuucapkan atas segala pengorbanan kasih sayang yang engkau berikan.Maafkanlah aku andai selama ini aku sering mengganggu perasaanmu dan membuatkan dirimu sering dilanda taufan api kemarahanmu.

Teman,Ingatlah bahawa dalam mengejar arus kehidupan apatah lagi zaman kemewahan kau dan aku pernah digelar sahabat yang paling akrab suatu ketika dahulu.Janganlah kau persiakan harapanku ini walaupun ku tahu kau mungkin bakal meninggalkan aku setelah menemui sesuatu yang paling baik berbanding diriku.Ku berdoa agar kau sentiasa ceria seterik matahari sesegar bunga di taman dan semanis senyuman.
Puisi terindah hasil tulisan:
Karya:Siti Zubaidah binti Che Pee
Pelajar Institut Hasani 2004Sungai Petani Kedah
P/S:noy @ yihin ucapkan salam sayang buat semua...mohon maaf atas segalanya...semoga anda semuanya berjaya dalam final exam yg akan datang...chayoo!!!!!

Tuesday, October 27, 2009

"SEORANG TEMAN"

NAMA:NOYIHIN BT SANGKONG
ASAL:SABAH
UMUR:21 TAHUN
COURSE:DIPLOMA IN TOURISM MANAGEMENT
CIRI-CIRI:EDUCATED,TEGAS,AGAK KASAR,EMOTIONAL,DEDICATED.
KEISTEMEWAAN:PANDAI MENYANYI
  • HAAA..Tue laa yg dipublishkan oleh cik CT IDA kita kat blog die huhuh..
  • ciri2 aku tue...tak nak komen banyak laa coz Absolutely correct huuh...
  • Cik IDA nie cukup kenal siapa NOY yg sebenarnya hahah..
  • Dah setahun lebih berkawan rapat dgn dia, ktorg selesa utk sharing cerita suka duka bersama-sama..
  • So if korang ada kemuskyilan tentang diri ini sila tanya kat dia heheh...terutamanya pada org2 yg berminat utk mengenali aku hahah...bole tak IDA?
  • Yang aku paling suka tue dia ckp aku pandai menyanyi heheh..nak ajak karaoke sila lah sms aku hehe anytime for that's ukie....
  • Yang lain semuanya BENAR tiada sebarang penipuan dan penambahan berlaku disitu huhuhu.

KOMEN NOY-psl ciri2 aku yg ida ckp kat ats tue..

  1. KASAR> mmg kasar, kdg2 saya tak sedar pun yg saya dah tercakap sesuatu yg menyakitkan hati org lain..(i'm sorry)...
  2. TEGAS> yaa mmg tegas.. if saya ckp NO..mmg tidak lah jawabnya.. (yg kenal tue mmg dah agk dah jwbn aku kan)..
  3. EMOTIONAL> huhu saya mengaku IDA haha.. IF saya nak cerita sesuatu then cete tue ikhlas from my heart,berair mata kan IDA hehe..(die jatuh sendiri aku tak suruh pun die jatuh jugak hehe)..
  4. DEDICATED> hurm..apa nak cakap ar.. bila saya nak buat sesuatu saya kena pastikan semuanya berjalan dgn lancar..Apapun Thankz to all yaa who concern with me.. (terutamanya KO IDA huhuh)
  5. EDUCATED> Atas didikan Mami sya, jadilah Noy yg sekarang nie heheh.. (PEACE no war!!)

Monday, October 26, 2009

KENANGAN KU

PADA 17th oct 2009 YANG LEPAS...


  1. Rombongan exco drpd Borneo Students Society (BSS UNITAR) ke Jabatan Biro TATANegara sempena sambutan Rumah Terbuka Hari Raya...
  2. seramai 13 ahli BSS dijemput untuk menghadiri Open house ini, ahli-ahli BSS yang hadir sekaligus dilantik sebagai URUSETIA PROGRAM. separuh drpd kitaorg bertugas sebagai penyambut tetamu di pintu masuk hdpn dan yg lain2 di bhg pintu blkg... sy and the gang di bhg depan huhuh..
  3. program ini bermula dari jam 02 pm sehinggalah 4.30.. tapi ktorg sampai awl tau huhuh kul 12pm dah sampai...
  4. tujuan utama BSS menghadiri open house ini adalah untuk memenuhi jemputan daripada BIRO TATANegara selain daripada itu kami ahli BSS dalam pencarian mencari sponsor dalam rombongon BSS@LANGKAWI pada 01-04 dec 2009 ini.. dan kami mendapat green light drpd JBTN BIROTATA NEGARA...semuanya adalah hasil usaha MR.MAX yg sebenarnya salah seorang drpd anggota KRIS..boleh dikatakan beliau lah link utama ktorg dengan BTN.. thnkz and gud luck yaa...


goods memories.. COMEL TAK HUHUHU.....
  • 1 st time nampak Datuk Mukhriz bin Tun Dr.Mahathir face to face..huhuh same jea mcm kat TV..
  • 1 st time nampak Dato' Dr Mashitah Ibrahim.. errmmm Cantik huhu
  • Penasihat sulit Tun Abdullah Pun ada...
  • dato'2, datuk2,dr2,datin2 dan banyak lagi... yg mukanya cukup dikenali..

  • protege JAC- iaitu Kumpulan EVO

  • kumpulan nasyid INheart - menjadi penghibur tetamu pada hari itu
Apapun TQ to max,lane,Joshua,cliff,yuhady,nancy,pinnie,erlenc,ceaser, lee pei yie, JJ, dan tak ingat lg lah huhuh nanti aku tambahkan kalau ada yg tak tertulis nama huhuh....heheh...

Friday, October 23, 2009

KAMI DITINGGALKAN

SIR AZWAR....



JUST TO SAY THANKS A LOT TO UR SIR,AND GOOD LUCK..

  • sedih & risau...what will be happen to us (students section 6 eng 3)

  • just 3 weeks left before final exam on 16th nov 2009...

  • sedih coz we must be independently start from now.. cam ne eh? kite tak siap forum and quiz 2 lagi?

  • siape yang akan gantikan sir nanti?

  • sir dah same2 dgn kite selame 3 bulan nie.. tibe2 kena ganti dgn lecturer lain pula...sodieee woo...sir dah faham sangat dgn our standard, behaviors& situation.skrg we must try do the best...sure mcm tak sure je huhuhu....


KUSUT

KERUNGSINGAN MELANDA JIWA KU

sedar tak sedar exam semakin hampir...
just 3 weeks left..
nie yang menggerunkan aku nie..buat aku risau jea..
tapi aku tak sabar nak habiskan sem nie...
sem nie buat aku kusut laa...dalam 3 bulan nie jadual aku dipenuhi dgn program & aktiviti luar..
tiap-tiap hari aku sakit kepale huhuhu..nak ngadu.....
knape eh?UHHH....nak rehat boleh?
aku nak stopkan my outdoor activities boleh tak for this moment?
sem nie the subject provided makin susah laa...aku leh score tak argh?
RISAU laa..tolong..tolong huhuhu...

Sunday, October 18, 2009

PROGRAM TERKINI BSS UNITAR

TOGETHER WITH OUR FAMILY

Jom..! jOm! kita beramai- ramai menjayakan jamuan akhir tahun BSS... banyak acara yang dapat anda tonton dan sertai.... marilah kita sama-sama mengeratkan silahturahim di antara ahli-ahli bss yang telah sama-sama berjuang dalam membanggunkan persatuan ini.......Jika anda berminat untuk bersama kami...sila lah datang...... kehadiran anda amatlah kami hargai...

TARIKH : 31 October 2009
TEMPAT : HALL 1 block A UNITAR
MASA : 2pm - 4 pm
YURAN : RM 10- ahli yang berdaftar RM15-bukan ahli......
Jika ada sebarang masalah atau keraguan sila hubungi : Lane -013-3057905

Monday, October 12, 2009

FROM MY HEART-THANKS A MILLIONS TO ALL..

SALAM PERMUAFAKATAN BUAT SEMUA....

  • sekalung terima kasih buat individu2 yg banyak membantu sy sepanjang perlaksanaan Bengkel Bersama Fomca.....
  • kerjasama anda sepanjang perlaksanaan program ini amat saya hargai....
  • semoga kita dapat berkerjasama lagi di lain event..tetapi terus terang utk menjadi sorg pengarah program amat payah..bagi anda yg tidak pernah merasai beban ini mungkin mudah saja bagi anda... tapi susah utk diluahkan apa sebenarnya yg berlaku.
  • bagi saya..seorang pengarah program kena jaga hati semua pihak, terlalu payah utk menjaga hati semua orang.. sehinggakan kita terpaksa melukakan hati sesetengah pihak....
  • mungkin ada yg tidak bersetuju dgn sy, tapi bagi sy itulah yg terjadi..
  • mungkin juga inilah kali pertama kita mengendalikan program yg dihadiri oleh persatuan besar oleh itu kita terlalu mengharapkan kesempurnaan..kita berjaya kawan2...
  • ApapunTAHNIAH kepada anda semua atas kommetmen anda terhadap program ini...
  • tiada istilah pilih kasih bagi saya sepanjang menjalankan program ini..kebanyakan kerja sy yg uruskan bersama individu2 yg boleh sy percayai.
  • sy harap tiada yg berkecil hati sepanjang menjalankan program ini..kalau ada pun adat manusia tiada yg sempurna...
  • jangan letakkan kesalahan di bahu individu lain.. saya tahu banyak kelompongan,bnyk kekurangan sepanjang program ini namun sy tetap bersyukur kerana program ini berlangsung dala keadaan yg tenang...kita tidak blh memuaskan hati semua orang...
  • kalau ada tersilap kata, terkasar bahasa, tertinggi suara, dan terguris hati mohon dimaafkan...biasa lah budak baru belajar...
  • semoga BSS terus maju... "KAMEK BAH"

Thursday, October 1, 2009

ITU AKU....

BENGKEL PERUBAHAN BERMULA DENGAN SAYA
SEMPENA
3K (KEMPEN KONSUMER KEBANGSAAN)
ANJURAN
FOMCA
(Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia)

DENGAN KERJASAMA
UNITAR Borneo Student Society (BSS)

TEMPAT:
HALL 1, BLOK A
UNITAR KELANA JAYA


TARIKH:
10 OKTOBER 2009 (SABTU)

AKU NOY HUH....Selaku PENGARAH PROGRAM untuk bengkel bersama FOMCA..
Banyak perasaan yg aku rasai...antaranya...
  1. KEPENATAN...tak dapat disangkal lagi...
  2. TERPAKSA MENGENEPIKAN INDIVIDU YG AKU SYG HUHUH (kdg2 tak sempat bls msg, call pun tak angkt huhuhu....jgn panik aku ckp psl my mom heheh)
  3. TIADA KESEMPATAN UNTUK MELIHAT-LIHAT BUKU2 NOTA YG BERLAMBAK TUE..
  4. KADANG2 DLM CLASS PUN AKU STILL BLS MSG ANAK2 BUAH AKU UTK KELANCARAN PROGRAM (tipu sana sini heheh)
  5. TIDUR LEWAT (kdg2 tak dpt tido sampai pagi huh)
  6. AKU SELALU BUAT ORG MARAH KAT AKU HUHUH (jgn mrh syg heheh)
  7. MID-TERM&QUIZ SECARA MENGEJUT TANPA PERSIAPAN (aku hadapi dgn tenang dan berkeyakinan hehe)
  8. KADANG-KADANG LEWAT BALIK RUMAH...
  9. TENSION,STRESS,MAGRIN SEMUA DTG MELANDA HUHU....
  10. KADANG2 AKU BUAT2 LUPA BUAT HOMEWORK HEHE... (jgn mrh sir)
  11. TERASA NAK MENJERIT HUHUHU....(pas program nie aku nak melalak huh sape nak join isi borang kat aku ok)

P/S : APAPUN KEPADA SESIAPA YG TELAH BERDAFTAR BAGI PROGRAM INI, SAYA HARAP ANDA DAPAT HADIR SEKALIGUS MENYOKONG BENGKEL INI... SERIBU KEMAAFAN DIHULURKAN JIKA ADA SILAP DAN SALAH SEPANJANG KEBERLANGSUNGAN PROGRAM INI.....BIASALAH BUDAK BARU BELAJAR.... terima kasih pada individu2 yg banyak beri sokongan dan dorongan dalam menjayakan program ini ukie...






Thursday, September 17, 2009

HAIIIII

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI BUAT YG MENYAMBUTNYA DAN SELAMAT BERCUTI BUAT SEMUA.....PANDU CERMAT JIWA SELAMAT....


MAAF ZAHIR DAN BATIN HUHUHU......

Thursday, September 3, 2009

CHECK NAMA ANDA TAU.....

I LOVE YOU & MISS YOU..(B.I)

AKU SAYANG & RINDU KAMU..(B.M)

INGIN OM LANGADON OKU DIKAU..(RUNGUS)

OUPUS OM LUMANGAD OKU SO IKA..(SUNGAI)

UPUS OM MUHANG OKU DIKA..(KADAZAN/DUSUN)

AKU SAYAU KE NUAN..(IBAN)






I DEDICATE TO MY BELOVE:

  • MOTHER (MAMI) SUTINAH M
  • OLDER BROTHER (OYOI) NOEL SK
  • OLDER SISTER (OSONG) NORRISH SK
  • 2ND BROTHER (ODU) NULIUS SK
  • 2ND SISTER (OYO) NORSINAH SK
  • 3RD SISTER (OYIEN) NOYIEN SK
  • 3RD BROTHER (ATAN) NATHAN SK
  • NIECES-DWIN,DWINIA,DYSEREE,DEMAY,ADY AFFIE,OBEY MARK ALIEN,NESTRLROOY DAPE..
  • GRANDFATHER (AMANG)
  • GRANDMOTHER (INDING)
  • COUSIN (KATU,BOBOK,ELOL,OBEL,USIN,ODONG) & ALL
  • FRIENDS - UNITAR (NASIDA,MAHA,AIZUDDIN,LANE,JOSHUA,OLIVIA,HADDIE,IDA,EKIN,ITA,TIRA,DAR,RASHID,AMAR, ANIS,AGNES,JJ,HAZRIN,ADAM,MAX,NANCY,ADY) maaf jika ada nama yg tak tertulis (mslh daya ingatan)
  • FRIENDS - AMC COLLEGE (MARENA,FRED,JAMES,INA,SIANAH)
  • FRIENDS FROM CHILDHOOD (REZHAEL,SOFIAH,RAFFLIS,WOLVERIN,JEBIT, ELVIANY,SALLEH,ALWEEN)



FONT UTK B.I DAH ABIS LAA, AKU TULIS DALAM B.M LAA YEA HIHIHI...

  • KAKAK ANGKAT AKU ( KAK JIAH,KAK NORMA,KAK ROSE)

  • ABANG ANGKAT AKU ( ABG ZUL,ABG DONALD,ABG NIZAM)


P/S: OPPPSSSS SEBELUM TERLUPA TO MY BELOVE MYSTERIOUS MAN

I LOVE YOU HAHAHAHAH......MISTERI KE?

FOR YOU huhuhuuh...........







Wednesday, September 2, 2009

SAY I LOVE YOU IN MANY LANGUAGES


Say I love you in many languages

Malay-Saya cintakan mu / Aku cinta padamu
English- I love you
Mandarin Chinese -Wo ai ni
Cantonese/Chinese - Ngo oiy ney a
Tamil-Naan Unnai Kadhalikiren
Filipino - Mahal kita
Japanese - Aishiteru
Korean - Sarang Heyo
French- Je t'aime, Je t'adore
Italian - Ti amo
Hindi - Hum Tumhe Pyar Karte hai
Hawaiian - Aloha wau ia oi
Bisaya -Nahigugma ako kanimo
Bangla -Aamee tuma ke bhalo baashi
Arabic -Ana behibak (to male)
Arabic -Ana behibek (to female)
Thai - Chan rak khun (to male)
Thai - Phom rak khun (to female)
Portuguese -Eu amo-te
Irish- taim i' ngra leat



( sabah Indigenous people)
I love You
*Rungus - Ingin Oku dikau
*Kadazan/Dusun - Oupus oku dika
*Orang Sungai - Moingin oku so ikau


So, buat teman-teman sekalian terutama sekali pada NASIDA,AZ &MR.JOSH serta sesiapa yg teringin meluahkan perasaan anda buat yg tersayang..ini adalah rujukan bahasa yg anda blh aplikasikan hehehe kalau ada silap dah salah bahasa tue mohon dimaafkan huuhu...

CERITA LAWAK SPONTAN yg Mr.Josh Rindu-rindukan heheh

Seperti kelaziman tidak sah kalau sy tidak mulakan ari2 yg mulia ini dengan cerita lawak spontan yg Mr.Josh rindu-rindukan hehehe......sampai komen kat chatbox tue yg aku dah lama tak update blog heheh,..... so untuk tatapan korg semua aku publishkan cerita lawak nie...k......

PERAGUT
Peristiwa sedih ni berlaku pada awal Ramadhan yang lalu, aku membawa adik ku Amir yang berumur 5 tahun ke sebuah pasar Ramadhan untuk berbuka puasa. Ketika dalam perjalanan, adik ku tiba-tiba berteriak, Kak! Kak! Ada peragut! Ada peragut! Mana? Mana? Tanya ku. Sana, tepijalan tu!!, Aku, tanpa berfikir panjang terus menelefon polis, tak sampai5minit. Sebuah kereta peronda pun sampai. Polis tu pun bertanya, mana peragutnya? Adik aku terus menunjukkan sekumpulan kambing di tepi jalan yang sedang meragut rumput.

Miss Yon Yi:heheh amacam sudah cukup ka? belum? ok2 saya tambah lagi huuhu....

SEMUA MAKAN

Samad merupakan seorang penuntut di sebuah ipt dan kumpulannya telah ditugaskan untuk mengkaji corak kehidupan masyarakat asli di semenanjung.tanpa membuang masa samad dan kumpulannya menuju ke pedalaman negeri perak untuk menyelesaikan tugasannya.berikut temubual samad bersama ketua orang asli.
Samad : Tok, Apakah makanan utama mayarakat di sini?
Tok Batai: kami di sini makan semua,rusa, kancil,lembu ayam , itik ...kira semualah..yang paling bagus kepalanya.
Samad: Kalau kepala Gajah pun makan ke?
Tok Batin : Makan..
Samad : Kepala Keretapi?
Tok Batin: Makan.
Samad: Kepala Lori?
Tok Batin: Makan...
Samad: Kepala Bas..
Tok Batin: Makan..
Samad: Kepala Kapal Terbang?
Tok Batin: Eh...itu mana boleh makan..itu kan besi..bodoh kamu.
Samad:??????????????


KEMBAR ZAMAN
Empat orang bakal ayah sedang menunggu kelahiran bayi mereka diruang rehat sebuah hospital. Kegelisahan jelas diriak muka mereka Seorang jururawat keluar dari bilik pembedahan lalu berkata kepada lelaki yang pertama,
Tahniah! Isteri Tuan selamat melahirkan anak kembar dua.Kembar dua! Kebetulan pula, saya bekerja di menara berkembar Petronas, kata lelaki yang pertama dengan riangnya.
Beberapa minit kemudian, seorang jururawat lain datang memberitahu kepada lelaki kedua, Isteri Tuan selamat melahirkan bayi kembar tiga. Tahniah!Apa? Kembar tiga! Saya bekerja dengan 3D Corporation, kata lelaki yang kedua.
Setengah jam kemudian, seorang jururawat memberitahu kepada lelaki ketiga, Tahniah! Isteri Tuan selamat. Tuan dikurniakan anak kembar empat kata jururawat itu dengan tenang.Kembar empat! Sungguh saya tak menduga kejadian ini, saya pula bekerja di Four Season Hotel, kata lelaki ketiga dengan gembira.
Lelaki yang keempat mula mundar-mandir kegelisahan. Ketiga-tiga lelaki tadi berasa hairan melihat keadaan lelaki keempat itu. Mereka bertanya,Apakah yang merunsingkan awak?Dengan perasaan gelisah dia menjawab Saya bekerja di Seven Eleven.

Miss Yon Yi: heheheh...cukup laa untuk kali nie...

Sunday, August 2, 2009

HARI YG AKU KIRA AKU TAK BERAPA SUKA HUUU

Seperti kelaziman,pada awal sem banyak perkara kena settlekan (aku eja btl tk nie heheh) bagi saya errmmm no comment i was boring dgn benda2 mcm nie...hari nie cls aku dari kul 2.30-4.30 then smbung pulak 4.30 until 5.30pm...ala malas ny huhu ptg ada pula latihan utk perarakan kemerdekaan dari kul 6pm-9pm...aku sempat balek umah tak nie huuuhhh.....

  • to all my friends kalo i tak sempat layan korang jgn ade benci tau huuhu,..... bulan nie mmg bz gile laaa.....
  • study pun mls ermmm kertas kerja saya untuk fomca pun tak start buat lagi...kang mr.joshua tanya ape aku nak jwp dgn die huhuu......
  • so..untuk semua have a gerat day and wonderfull night hihii mcm da nak tido pulakkk apapun salam permuafakataan......dari miss yon yi....

Friday, July 17, 2009

CERITA LAWAK BUAT KORANG...

ceta nie pendek ja huhuh tapi bagi saya lucu larrr...so share2 laa dgn korg...


TAJUK:PAK MAT
suatu hari, pak mat pegi keluar ke bandar bersama isterinya, mak minah. perjalanan mereka mengambil masa yang cukup lama menaiki sampan oleh kerana kampung mereka terletak di pedalaman. setelah sampai di sebuah pusat membeli-belah, pak mat ternampak sebuah cermin kecil sebesar tapak tangan. oleh kerana dia tidak pernah melihatnya, dia pun membelinya tanpa pengetahuan mak minah. sesampai di rumah, dia pun termenung melihat cermin tersebut setiap hari lalu menyebut 'macam.. bapak aku..' mak minak berasa pelik dengan sikap pak mat lalu curi-curi mengambil cermin tersebut sewaktu pak mat pergi ke surau. mak minah berkata ' perempuan macam ini yang laki aku minat ?

YON YI: LA..LAL..LA...LAA.....heheheh ade pengalaman tak?



TAJUK:TUKAR UBAT
Seorang pesakit merasa gembira dan bersyukur kerana setelah dirawat oleh doktor Azam..die semakin pulih..
Doktor..saya amat berterima kasih dengan segala pertolongan doktor selama ini...oleh itu saya ingin membalas pertolongan doktor itu...........Doktor Azam merase hairan..lalu bertanya..
Takpela..saya sebagai doktor memang perlu membantu orang...tidak perlu balasan.....Pesakit itu memegang tangan doktor itu lalu berkata..Saya telah meletakkan nama doktor dalam senarai pemilik harta di wasiat saya...harap terimalah pemberian ikhlas ini...wlupun tk setanding dengan apa yang doktor lalukan kepada saya....Doktor itu tergamam lalu berkata...Erm..terima kasih..erm encik ..bolehkah saya menyemak balik senarai ubat2 yang saya berikan kepada encik..rasanya saya ingin memberikan ubat yang lain kepada encik......
YON YI:tamakkkk kan mcm sorg tue hheheh
TAJUK:MONYET GILA MAKAN
Aku pernah terbaca joke ni...and rasenyer kelakar ar gak..then nk cite kat korang tahap kelakar nyer cmner...klu tk kelakar..sengih sikit pun ckup la...
Ada seorang lelaki membela seekor monyet...satu hari die membawa monyet peliharaan nya pergi ke sebuah Bar...Semase lelaki tersebut menikmati minuman di bar tersebut...monyet peliharaan nya itu mula membuat kacau...dia melompat ke sana sini...Bila nampak sepiring kacang monyet itu terus memakannya..nampak semangkuk kentang goreng terus mengambil nya lalu di makan nya...dan tiba2 melompat pula ke atas meja pool dan mengambil bola pool tersbut dan menelannya sehingga abis...
Pemilik bar tersebut melihat keadaan itu dan berkata kepada lelaki tersebt Encik...encik nampk tak ape yang monyet encik lalukan?..... Ape?.....die menelan bola pool di meja pool saya sehingga abis.....
Dengan selamba lelaki itu menjawab ..Saya tak pelik pun...dia memang akan makan apa sahaja...saya akan byr semua yang dia makan tadi...ok....Lelaki tersebut menghabiskan minumannya dan membayar bill lalu beredar...
Dua minggu selepas itu..lelaki itu bersama monyet nya datang lagi sekali ke bar tersebut...Seperti biasa lelaki itu memesan minuman dan sekali lagi monyet nya itu melompat kesana sini...dan tiba2 monyet tersebut ternampak sebiji epal..die mengambil epal tersebut dan menyumbat ke punggungnya..dan mengeluarkan semula lalu memakan nya ....
Pemilik bar semakin hairan dan terkejut..lalu berkata kepada pemilik monyet tersebut..Encik..adakah encik nampk apa yang monyet encik lalukan tadi?...Ape lagi??......Die menyumbat sebiji epal kedalm punggungnya dan mengeluarkan nya lalu di makan...
Saya tk pelik pun...dia masih akan makan apa sahaja..cume sejak dia menelan bola pool hari tu...sekarang dia akan mengukur dulu sebelum memakannya...
YON YI: huhuuhu so,hati2 dgn haiwan peliharaan korang yea hihih

Thursday, July 16, 2009

NAK KONGSI LIRIK LAGU DGN KORANG HUUHUH...

1ST TIME DGR LAGU NIE, WOW!!!!!!!!!... 2ND UHHHH!!!! , 3RD I LIKE , 4TH NAK TAHU APA TAJUK LAGU NIE , 5TH NAK CARIK ,6TH NAK CARI , 7TH NAK CARIK HAHAHHA

Actually tajuk lagu nie CARI JODOH...BY WALI BAND
SY bukan berminat dgn tajuk lagu nie tapi berminat dengan lyrics dan muzik lgu nie it was chicky and can entertain us..huhu...sometimes kite kena dgr lagu2 mcm nie wlpn sy sebenarnya lebih berminat dgn lagu2 yg lebih fresh huhuuhuhuh....

Lirik lagu: Cari Jodoh by Wali Band


Apa salahku Apa salah ibuku

Hidupku dirundung pilu

Tak ada yang mau dan menginginkan aku

Tuk jadi pengobat pilu

Tuk jadi penawar rindu

Tuk jadi kekasih hatiku


Timur Ke BaratSelatan ke utara

Tak juga aku berjumpa

Dari musim duren hingga musim rambutan

Tak kunjung aku dapatkan

Tak jua aku aku temukan

Oh tuhan inikah cobaan


Reff..

Ibu-ibu bapak-bapak

Siapa yang punya anak

Bilang aku aku yang tengah malu

Sama teman-temanku

karena cuma diriku

yang tak laku-laku


Pengumuman-Pengumuman

Siapa yang mau bantu

Tolong aku kasiani aku

Tolong cari diriku kekasih hatiku

Siapa yang mau


Lirik lagu pilihan Noy 2009

p/s: SIAPAPUN DI LUAR SANA I'AM UR NEW FRIEND,BIG FRIEND,SMALL FRIEND,OLD FRIEND,NICE FRIEND,SWEET FRIEND, GOOD FRIEND AND YOU FRIEND...

P/S:HADIAH SY UTK KORANG
SO....I PROMISE YOU NO MATTER WHAT HAPPENS, WHEN YOU LOOK BACK, I'LL ALWAYS BE THERE.... HEHEH HAVE A NICE DAY TO ALL.....

  • SAYA DGR EFA JUGA SUKAKN LAGU NIE SO......ENJOY WIT DIS SONG HUHUU.....

GAWAI NGILING TIKA 2009 OPEN HOUSE

deAR all my friends..haaa today sy nak bkongsi pengalaman saya di SALOMA BISTRO HUHUHUHU 11th JULY 2009 bersamaan hari saturday minggu lepas...

tentatif perjalanan ktorg iaitu me dan ida....
09.00am - arrived at UNITAR KJ ( jumpe miss Sida & Anis) pastu kitorg pegi mkn..
09.30am - i call mr.president josh tanye dia kat mane (dia jwp on the way) huhuhu
09.45am - yg lain2 pun sampai ( josh,wawa,lane,jimmy,max,nancy,ceaser,olive)
09.55am - Dr.lawrence pun sampai..so ktorg seperate in 2 group utk pegi sane.
10.00am - group 1st (Lane,Wawa,Max,Jimmy) pg sane by their own car keta wawa
Group 2nd ( Dr,Josh,Noy,Ida,Sida,Ceaser,Nancy,Anis,Olive)
10.20am - group ke-2 dibhgi lagi..setelah sampai di stesen LRT Tmn.Bhgia.
10.25am - group sy (Ida,Anis,Olive,Sida) bertolak dr tmn.bhgia ke KL.sentral
10.45am - kump sy sampai kat KL>sentral huhuh olive kate lpr,so singga jap
11.00am - bertolak dr KL.sentral menyebrang ke kaunter STAR utk ke bkt nanas
11.20am - sampai kat bkt nanas huhuh..ktorg kena jln kaki ke destinasi pulakk



P/S: SETELAH KEPENATAN B'JLN REHAT JAPP BEB...

12.00am - akhirnya sampai kat saloma bistro huhuhu



P/S: HUUUHU

12.12am - i called josh tanye diaorg kat ne,then he say that korg lepak2 dulu




P/S: PANAS NIE TAHAN JE,SBP NK AMIK PIC HIHIH


12.45am - barulah diorg sampai...kami dah pun puas ronda2 kwsn saloma Bistro
keja2 pun bermula...penat2....
ummmmpphh...penat larr nk tulis semua yg ktorg buat huhuh..so,i ermm ringkaskan la hiihih..sebelah ptg, ktorg start dgn acara memanggang aym... aku yg x tahu psl masak2 dan alergik dgn benda tue pun tpksa mbantu di bidang itu dsbpkan kami kekurangan tenaga kerja....panas,tangan nk tbkr pun ada, baju dan rambut pun dah ada perfume aym panggang..huhuhu... menjelang senja barulah si azwan dan mr.greg tiba..iskh...iskh...iskh.... hahah yg lawaknya ktorg sempat mengusik greg...ttg pakaian yg sepatutnya dia pakai time tu as penyambut tetamu huhuhu...pakai sirat mcm pakaian kaum iban hiih..tp dia tk nak hahah..tak ape Greg next year korg pula jd wakil as a keling gawai 2010 pula hahhah...diorg dtg jeerr terus suruh ktorg bhenti buat keja2 pemanggangan uiii BESTNYA HAHAH.....dorg kate Dr yg suruh...huhu so,ktorg pun bhenti la..then they ask us to mandi dulu...hahah memandangkan time pd masa tu dah pukul 5.30pm sedangkan sepatutnya ktorg kena jaga keja masing2 pd pukul 7 pm...
selepas tue, ktorg pun pegi larr ke hotel concorde yg telah ditempah khas utk tempat mandi dan persalinan baju utk semua yg bekerja pd hari tersebut...
-acara mandi pun bermula- nie yg tak tahan nie hahah
1.org pertama yg mandi Dr.lawrence & ank lelaki dorg
2.ke-2 olive (kena jaga kaunter ticket)
3.ke-3 Cesear ( kena jaga kaunter jugak)
4.ke-4 nancy ( penyambut tetamu) die pakai bju tradisional iban..
5.ke-5 aku larrr orgny huuu,pyh betol nk mandi dlm keadaan tergesa-gesa..
6.ke-6 Ida pun mandi (kami bdua kena jaga pintu masuk)
7.ke-7 giliran Sida pula uhhh pnt lyn karenah die huhuh
8.ke-8 Anis....pula huhuhuh
lepas tue aku dah lupe siape lagi yg gi mandi yea hihihihi alamat pelupa namany kan mmg dah lupe dah...

memulakan tugas sy selaku tukang chop org mlm tue mbuatkan aku bgitu dikenali di pintu masuk,bila dorg keluar dan masuk dorg kena jumpe aku dgn ida kat depan pintu tue..huhuhu
there are many people yg dtg...termasuk larr DEWI ( protege LIZA HANIM) dlm Mentor...dia turut bertanding mewakili kaum bidayuh,dia menang sebagai miss photography....selain tue miss world malaysia 2007 as a jury mlm tue.... apapun yg paling perit sekali bile event tue abis....ktorg laa yg paling last balek,bukan ape xde transport huhuh ktorg tunggu Dr dtg utk hantar kami balek huhuhu... (wawa,lane,max dan jimmy) balek awal so yg tinggal (sy,ida,sida,anis,josh,greg,wan,cesear,olive,nancy) uhhh bygknlah x muat kera Dr tue huhuh...tapi josh akhirnya meninggalkn ktorg pula dia nak ke PUDU utk jumpe uncle dia...after that si Greg pula sister dia dtg ambil...so yg tinggal kat sana 8 org lagi huhuhuh...so blh tahan laa muat juga laa.....

  • akhirnya kami sampai kat rumah pd kul 2.30am hahah....penat tau...

Monday, July 13, 2009

horreyyyy!!!!!!!!!!!!

baru abes exam so,,,,so,,,, happy nie hihih

Saturday, July 4, 2009

CERITA LAWAK - PELUPA

Seorang isteri menyuruh suaminyer yang terkenal dengan sikap pelupa pergi ke pasar untuk membeli barang dapur

isteri:beli bawang sekilo,cili kering dua ringgit
suami:setakat dua barang abang ingatlah
sebaik saja enjin vespa dihidupkan si isteri pun ingat garam dah habis.
isteri:eh abang garam dah habis
suami:kalau dah tiga barang mesti abang dah lupa
isteri:kalau macam tu baik abang tulis
selesai mencatat barang yang hendak di beli

sampai di pasar si suami terpinga-pinga.garu sana.garu sini tak pasal pasal
rambut gugur.selain lupa apa barang yang di perlukan isterinya dia juga lupa bawa kertas catatannya tadi.

Yon YI :macam mana orang tu pelupa tak hihihi?
ahhh lagi satu TAJUK MENGGOSOK GIGI


Seorang doktor wanita yang cantik dari bandar melakukan satu kajian kesihatan di sebuah kampung. Ketika hampir semua pendudukkampung sudah berkumpul di dalam dewan itu, doktor wanita itu mula bertanya.
Doktor : Menjaga kesihatan haruslah dimulakan dengan kebersihan gigi.. Saya ingin tahu, berapa kali, pakcik-pakcik gosok gigi dalam sehari?
Pak cik Ali : (malu-malu) bagi pak cik, cukuplah sekali sehari...
Pakcik Rizal : Sekali sahaja! Saya 3 kali sehari.
Doktor : Bagus....bila masanya, pak cik menggosok gigi?
Pakcik Rizal : Pagi sebelum mandi. Petang, selapas balik dari sawah, dan malam, sebelum tidur.
Pak cik Azwan :3 kali sahaja sudah sombong...saya 12 kali!
Doktor : Wah...macammana pak cik gosok gigi sampai 12 kali?
Pak cik Azwan : Januari sekali, Februari sekali, March sekali, ...........

Yon Yi:so,macam mana lawak tak?hihih
esok2 aku kongsi cerita lawak lagi dengan korang eheheh...

Friday, July 3, 2009

PUISI TERINDAH..

KUALI DAN CAWAN
Singgah sebentar di medan selera kaki lima
Kuali pun bersuara
Manusia kini lebih gemar makan di restoran dan hotel
antarabangsa
(mungkin mi rebus di situ lebih enak biarpun harganya
gaji sehari seorang petani).
Cawan pun berceritera
Manusia kini lebih suka minum di rest house dan
bar dingin dengan bunga-bunga segar
menguntum senyum di bibir cawan:
(mungkin kopi O di situ lebih sedap biarpun harganya
gaji sehari seorang nelayan).
Demikian, pelarian hari manusia
Semakin ligat mencari nama dan publisiti
Lupa asal lupa diri
Di medan penghidupan.
Dikarang oleh: Chai Loon Guan
Diterbitkan oleh: Mingguan Malaysia,7 Februari 1988
Puisi ini menunjukkan betapa manusia sekarang,tidak mengamalkan kehidupan yg sederhana. dimana masing2 berebut untuk mengejar pangkat dunia dan melupakan apa yg sepatutnya kita miliki di dunia ini...

Thursday, July 2, 2009

SEHARI 1 PUISI (1 MALAYSIA)

HARI INI SAYA INGIN BERKONGIS DENGAN ANDA TENTANG PUISI YG BERTAJUK :
PERTANYAAN
ketika menunggu bas tiba
Di hujung bangku penghuni
Seorang anak kecil
Bertanya kepada ibunya:
Mama,kenapa jalan begitu buntu?
Lalu,seorang ibu pun bersuara:
Nak,itulah penghidupan!
Dan, anak kecil itu pun tidak lagi bertanya
Macam debu-debu merenung pertanyaan.
Puisi PERTANYAAN adalah hasil tulisan Chai Loon Guan, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka..
saya amat berbangga dengan hasil puisi yang beliau telah ilhamkan...

AKU KEHILANGAN PATUNG PATRICK...

HUHUHU sedihnya, patrick di mana kau...siapa yg terjumpa ko mesti terus ambil kan sebab ko cute hhuuhu..
mula2 mcm nie aku pergi kat CC selepas print surat dari FOMCA, aku duduk kat CC lebih kurang 40 min, lepas tu aku keluar dgn bergaya lah konon. tanpa menyedari yg patrick ada ataupun tiada,, aku pun naik lah kat workstaition, bila time2 nak duduk tue baru lah aku tersedar yg patrick sudah tiada...hilang entah kemana...
Aku pun bergegas ke lorong2 yg saya lalui sebelum tiba ke warkstation namun hampa, kelibat patrick aku tak jumpa inikan pula wajahnya yg cute tu huhuhu...dah lama aku berkawan dgn patrick tau, dulu aku selalu tinggalkan dia dalam locker tapi dalam masa beberapa minggu nie aku bawa di ke hulu ke hilir,,,tapi tiba-tiba hari nie dia hilang pula,entah macam mana lah dia boleh tertanggal dari beg aku...
BILA LAH NANTI AKU DAPAT CARI PENGGANTI PATRICK KU YG AKU SAYANG....

Tuesday, June 30, 2009

ULASAN BUKU..YG BERTAJUK ABDULLAH AHMAD BADAWI Perjalanan Politik PM ke-5

Akhirnya pada hari ini saya telah berjaya menghabiskan membaca sebuah buku yang saya kira amat menarik, hari ini saya telah berjaya menggubah anggapan saya mengenai beliau, oleh itu buat teman-teman ku sekalian jangan menilai seseorang tanpa mengetahui keperibadian seseorang terlebih dahulu..

memandangkan beliau yg saya maksudkan adalah mantan PM kita, apa kata kita selidiki serta fahami apakah sebenarnya pandangan individu yg lebih berpandangan jauh,seperti Prof Emiritus Datuk Dr.Khoo Kay Kim iaitu profesor sejarah, Universiti Malaya.


Latar belakang penulis

BUKU ini diterbitkan pada 2004 oleh utusan publications & distributors sdn bhd. Penulis buku perjalanan politik PM ke-5 adalah CHAMIL WARIYA..beliau bertindak sebagai pengacara siaran langsung program PRELANTIKAN PM ke-5 di tv3 petang 31 oktober 2003..beliau memiliki ijazah pertama dlm bidang sains sosial, kepujian kelas dua atas dan ijazah sarjana masters dalam bidang sains sosial dan hubungan antarabangsa dari tiga buah universiti berasingan di England.beliau juga telah menghasilakn 17 buah buku dan kebanyakannya tentang politik Malaysia dan hubungan antarabangsa.sekarang beliau berkhidmat sebagai Pengurus Besar, Divisyen Berita dan Hal Ehwal Semasa, Tv3.






Beralih kepada pengisian sebenar buku. buku ini sebenarnya menceritakan mengenai perjalanan politik mantan PM ke-5 iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum beliau bergelar PM sehinggalah beliau bergelar PM pada bulan pertama.

Sepanjang pembikinan buku in, penulis telah menemuramah lebih daripada 20 individu dibawah adalah beberapa pandangan mereka terhadap PM ke-5..
  1. Profesor Datuk Dr. Firdaus Abdullah -" Seorang pemimpin yg cukup iedalistik dalam keinginan berkhidmat kepada bangsa,agama dan tanah air serta kepada masyarakat keseluruhannya. namun dalam hal yg sama, beliau juga pragmatisme" menurut Dr. Firdaus lagi " keikhlasan dia untuk berkhidmat yg bertunjangkan kepada keyakinan agama yg beliau miliki"
  2. Profesor Emiritus Datuk Dr.Khoo Kay Kim - " Dari semasa ke semasa kerana kegiatan saya sendiri, saya memang berpeluang bertemu dengan beliau. setiap kali saya bertemu dengan Datuk Seri Abdullah sikap beliau terhadap saya seolah-olah kami sudah lama berkenalan macam sahabat yg mesra. beliau tidak pernah sombong. oleh sebab itu, saya dapati memang tepat persepsi orang ramai terhadap beliau sebagai Mr. Nice Guy."
  3. Profesor Datuk Dr.Zainal Kling dan Datuk Jawhar Hassan( pemerhati politik tanah air) ketua pengarah Institut Kajian Strategik dan antarabangsa Malaysia (ISIS). - Berpendapat bahawa " Pendidikan pengajian islam yg telah dilalui oleh Datuk Seri Abdullah bukan saja memupuk keperibadian beliau sekarang ini tetapi juga merupakan satu aset untuk beliau mentadbir Malaysia sebagai PM ke-5."
  4. Datuk David Chua ( Timbalan Setiausaha Agung Dewan Perniagaan Cina Kebangsaan) - "Pak Lah memperlihatkan satu keperibadian mudah mendekati dengan siapa saja yg berkerja bersama-sama sbg ahli MAPEN( sewaktu beliau menganggotai majlis perundingan ekonomi negara pada akhir tahun 1989-1991.
  5. Profesor Datuk Dr.Fawzi Basri (Naib Canselor UUM)- menurut beliau " sebagai seorang manusia, Pak Lah ini dibentuk melalui proses pendidikan keluarganya. dia seorang yg baik, penyabar dan lemah lembut yg dikira wataknya sesuai dengan pengajiannya.oleh kerana didikan keluargalah menyebabkan beliau mempunyai satu watak yg dari segi rupa dan kelakuannya sama iaitu melambangkan wajahnya".
  6. Datuk Zuraidah Atan (Perunding Kewangan Bebas)- " Bagi saya Datuk Seri Abdullah adalah seorang yg amat menyenangkan, peramah dan mempunyai perwatakan yg halus. Itulah menjadikan seorang yg mudah didampingi oleh sesiapa sahaja.
  7. Profesor Datuk Dr. Firdaus Haji Abdullah ( pengerusi Utusan Publications & Distributors sdn bhd) - Jika saya diminta untuk menjelaskan secara ringkas keseluruhan watak dan falsafah Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, maka saya akan merumuskannya dalam enam baris pantun berikut:

Wang berjuta dan harta bertimbun,

Hanyalah alat bukan matlamat,

Damai abadi yang hendak dicari,

Itulah pengorbanan pemimpin yang santun,

Pedoman hidup dunia akhirat,

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

  • PETIKAN DARIPADA UCAPAN SULUNG PM KE-5 di Dewan Rakyat pada 3 november 2003.

"saya amat insaf betapa tanggungjawab ini menuntut saya melaksanakan secara amanah,secara jujur, secara cekap,secara adil. Saya lebih sedar betapa tanggungjawab ini akan dinilai oleh ahli-ahli yang berhormat,oleh rakyat keseluruhannya dan lebih dari itu oleh Allah S.W.T. Kepada-Mu Ya Allah, hamba-Mu ini memohon petunjuk dan hidayah,kekuatan dan kecekalan,kesabaran dan kesungguhan."

  • UCAPAN SULUNG PM KE-5 di lapangan terbang Bayan Lepas pada 1 november 2003.

"Inilah harapan saya, saya tidak minta tuan-tuan bekerja untuk saya tetapi mahu tuan-tuan bekerja bersama-sama saya kerana bangsa dan negara."

  • Petikan daripada Temu Ramah dengan sekumpulan wartawan Jepun di Putrajaya sebelum berlepas ke Tokyo untuk menghadiri sidang kemuncak ASEAN Jepun di Tokyo.

"Saya hamba nombor 1 yg berkhidmat untuk negara ini dan menentukan bahawa segala-galanya dilaksanakan dengan baik dan cekap supaya ia dapat manfaat kepada rakyat dan negara."

Adakah anda masih mengingati sajak ini?

KUCARI DAMAI ABADI

Aku cari bukan harta bertimbun-timbun

Untuk hidup kaya

Aku cari bukan wang berjuta-juta

Untuk hidup bergaya

Aku cari bukan kawan-kawan

Untuk hidup sekadar berfoya-foya

Aku cari

Mana dia Al-Ghazali

Aku cari mana dia Al-Shafie

Kita bongkar rahsia kitab suci

Cari pedoman

Kita bongkar rahsia sunnah Nabi

Cari panduan

Aku hidup kerana Dia Rabbi

Dialah teman

Dialah wali

Dia mencukupi

Aku hidup bererti

Menikmati damai abadi

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi

Selepas baca keseluruhan buku ini, saya mendapati beliau layak untuk menjadi PM dari pandangan saya walaupun hanya sempat berkhidmat beberapa tahun, "pemimpin datang dan pergi" Dalam gengaman Datuk Seri Abdullah, kita sebenarnya boleh berasa selamat dan berkeupayaan atau dalam bahasa inggerisnya we are safe and capable hands".Namun yang begitu peralihan kuasa PM ke-5 kepada PM ke-6 berjalan dgn baik dan lancar,ini kerana negara kita adalah negara yg mengamalkan sistem demokrasi yg mana setiap individu di Malaysia menerima dengan terbuka... Malaysia BOLEH!!!!!!

hye....to alll

hari ini aku telah berjaya menghasilkan laman blog sendiri horey.....heheh
nantikan journal aku setiap hari itupun kalau aku tidak busy lah geng,,.....
apapun akau happy2 nie hehehe..