Tuesday, June 30, 2009

ULASAN BUKU..YG BERTAJUK ABDULLAH AHMAD BADAWI Perjalanan Politik PM ke-5

Akhirnya pada hari ini saya telah berjaya menghabiskan membaca sebuah buku yang saya kira amat menarik, hari ini saya telah berjaya menggubah anggapan saya mengenai beliau, oleh itu buat teman-teman ku sekalian jangan menilai seseorang tanpa mengetahui keperibadian seseorang terlebih dahulu..

memandangkan beliau yg saya maksudkan adalah mantan PM kita, apa kata kita selidiki serta fahami apakah sebenarnya pandangan individu yg lebih berpandangan jauh,seperti Prof Emiritus Datuk Dr.Khoo Kay Kim iaitu profesor sejarah, Universiti Malaya.


Latar belakang penulis

BUKU ini diterbitkan pada 2004 oleh utusan publications & distributors sdn bhd. Penulis buku perjalanan politik PM ke-5 adalah CHAMIL WARIYA..beliau bertindak sebagai pengacara siaran langsung program PRELANTIKAN PM ke-5 di tv3 petang 31 oktober 2003..beliau memiliki ijazah pertama dlm bidang sains sosial, kepujian kelas dua atas dan ijazah sarjana masters dalam bidang sains sosial dan hubungan antarabangsa dari tiga buah universiti berasingan di England.beliau juga telah menghasilakn 17 buah buku dan kebanyakannya tentang politik Malaysia dan hubungan antarabangsa.sekarang beliau berkhidmat sebagai Pengurus Besar, Divisyen Berita dan Hal Ehwal Semasa, Tv3.






Beralih kepada pengisian sebenar buku. buku ini sebenarnya menceritakan mengenai perjalanan politik mantan PM ke-5 iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum beliau bergelar PM sehinggalah beliau bergelar PM pada bulan pertama.

Sepanjang pembikinan buku in, penulis telah menemuramah lebih daripada 20 individu dibawah adalah beberapa pandangan mereka terhadap PM ke-5..
  1. Profesor Datuk Dr. Firdaus Abdullah -" Seorang pemimpin yg cukup iedalistik dalam keinginan berkhidmat kepada bangsa,agama dan tanah air serta kepada masyarakat keseluruhannya. namun dalam hal yg sama, beliau juga pragmatisme" menurut Dr. Firdaus lagi " keikhlasan dia untuk berkhidmat yg bertunjangkan kepada keyakinan agama yg beliau miliki"
  2. Profesor Emiritus Datuk Dr.Khoo Kay Kim - " Dari semasa ke semasa kerana kegiatan saya sendiri, saya memang berpeluang bertemu dengan beliau. setiap kali saya bertemu dengan Datuk Seri Abdullah sikap beliau terhadap saya seolah-olah kami sudah lama berkenalan macam sahabat yg mesra. beliau tidak pernah sombong. oleh sebab itu, saya dapati memang tepat persepsi orang ramai terhadap beliau sebagai Mr. Nice Guy."
  3. Profesor Datuk Dr.Zainal Kling dan Datuk Jawhar Hassan( pemerhati politik tanah air) ketua pengarah Institut Kajian Strategik dan antarabangsa Malaysia (ISIS). - Berpendapat bahawa " Pendidikan pengajian islam yg telah dilalui oleh Datuk Seri Abdullah bukan saja memupuk keperibadian beliau sekarang ini tetapi juga merupakan satu aset untuk beliau mentadbir Malaysia sebagai PM ke-5."
  4. Datuk David Chua ( Timbalan Setiausaha Agung Dewan Perniagaan Cina Kebangsaan) - "Pak Lah memperlihatkan satu keperibadian mudah mendekati dengan siapa saja yg berkerja bersama-sama sbg ahli MAPEN( sewaktu beliau menganggotai majlis perundingan ekonomi negara pada akhir tahun 1989-1991.
  5. Profesor Datuk Dr.Fawzi Basri (Naib Canselor UUM)- menurut beliau " sebagai seorang manusia, Pak Lah ini dibentuk melalui proses pendidikan keluarganya. dia seorang yg baik, penyabar dan lemah lembut yg dikira wataknya sesuai dengan pengajiannya.oleh kerana didikan keluargalah menyebabkan beliau mempunyai satu watak yg dari segi rupa dan kelakuannya sama iaitu melambangkan wajahnya".
  6. Datuk Zuraidah Atan (Perunding Kewangan Bebas)- " Bagi saya Datuk Seri Abdullah adalah seorang yg amat menyenangkan, peramah dan mempunyai perwatakan yg halus. Itulah menjadikan seorang yg mudah didampingi oleh sesiapa sahaja.
  7. Profesor Datuk Dr. Firdaus Haji Abdullah ( pengerusi Utusan Publications & Distributors sdn bhd) - Jika saya diminta untuk menjelaskan secara ringkas keseluruhan watak dan falsafah Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, maka saya akan merumuskannya dalam enam baris pantun berikut:

Wang berjuta dan harta bertimbun,

Hanyalah alat bukan matlamat,

Damai abadi yang hendak dicari,

Itulah pengorbanan pemimpin yang santun,

Pedoman hidup dunia akhirat,

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

  • PETIKAN DARIPADA UCAPAN SULUNG PM KE-5 di Dewan Rakyat pada 3 november 2003.

"saya amat insaf betapa tanggungjawab ini menuntut saya melaksanakan secara amanah,secara jujur, secara cekap,secara adil. Saya lebih sedar betapa tanggungjawab ini akan dinilai oleh ahli-ahli yang berhormat,oleh rakyat keseluruhannya dan lebih dari itu oleh Allah S.W.T. Kepada-Mu Ya Allah, hamba-Mu ini memohon petunjuk dan hidayah,kekuatan dan kecekalan,kesabaran dan kesungguhan."

  • UCAPAN SULUNG PM KE-5 di lapangan terbang Bayan Lepas pada 1 november 2003.

"Inilah harapan saya, saya tidak minta tuan-tuan bekerja untuk saya tetapi mahu tuan-tuan bekerja bersama-sama saya kerana bangsa dan negara."

  • Petikan daripada Temu Ramah dengan sekumpulan wartawan Jepun di Putrajaya sebelum berlepas ke Tokyo untuk menghadiri sidang kemuncak ASEAN Jepun di Tokyo.

"Saya hamba nombor 1 yg berkhidmat untuk negara ini dan menentukan bahawa segala-galanya dilaksanakan dengan baik dan cekap supaya ia dapat manfaat kepada rakyat dan negara."

Adakah anda masih mengingati sajak ini?

KUCARI DAMAI ABADI

Aku cari bukan harta bertimbun-timbun

Untuk hidup kaya

Aku cari bukan wang berjuta-juta

Untuk hidup bergaya

Aku cari bukan kawan-kawan

Untuk hidup sekadar berfoya-foya

Aku cari

Mana dia Al-Ghazali

Aku cari mana dia Al-Shafie

Kita bongkar rahsia kitab suci

Cari pedoman

Kita bongkar rahsia sunnah Nabi

Cari panduan

Aku hidup kerana Dia Rabbi

Dialah teman

Dialah wali

Dia mencukupi

Aku hidup bererti

Menikmati damai abadi

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi

Selepas baca keseluruhan buku ini, saya mendapati beliau layak untuk menjadi PM dari pandangan saya walaupun hanya sempat berkhidmat beberapa tahun, "pemimpin datang dan pergi" Dalam gengaman Datuk Seri Abdullah, kita sebenarnya boleh berasa selamat dan berkeupayaan atau dalam bahasa inggerisnya we are safe and capable hands".Namun yang begitu peralihan kuasa PM ke-5 kepada PM ke-6 berjalan dgn baik dan lancar,ini kerana negara kita adalah negara yg mengamalkan sistem demokrasi yg mana setiap individu di Malaysia menerima dengan terbuka... Malaysia BOLEH!!!!!!

hye....to alll

hari ini aku telah berjaya menghasilkan laman blog sendiri horey.....heheh
nantikan journal aku setiap hari itupun kalau aku tidak busy lah geng,,.....
apapun akau happy2 nie hehehe..