Wednesday, October 12, 2011

ULASAN BUKU (PIALA KEHIDUPAN)

penulis: Nazehran Jose Ahmad
Buku dedikasikan pada: Allahyarham Mokhtar Dahari (Lagenda Bola Sepak Negara 1953-1991)
Diterbitkan pada: 2008 (cetakan pertama)
Dicetak oleh: Litmus Print Sdn. Bhd Selangor


Biodata penulis
Nazehran jose Ahmad atau nama sebenarnya ialah Nasran Ahmad bin Hizam dilahirakan pada 28 januari 1980 di kota Bharu, Kelantan dan menetap di Johor Bahru. Beliau adalah garaduan dari Universiti teknologi Mara dengan memperolehi Diploma pengurusan dan teknologi Pejabat. Kini, beliau menyambung pengajian dalam ijazah sarjana muda komunikasi massa (Kepujian) (kewartawanan) di universiti yang sama di Shah Alam. Novel pertama yang dihasilkan oleh beliau ialah piala kehidupan. Segala maklumat lanjut berhubung novel beliau boleh melawat laman webnya; www.nazehranjoseahmad.com

Sinopsis Buku
Piala kehidupan berkisar mengenai dunia bola sepak yang berlatarbelakangkan sekitar tahun 90an beberapa siri piala yang menjadi kebangaan negara; piala FA, Pala Sumbangshi, Piala Liga, Piala Malaysia dan Piala Dunia sebagai penampilan istimewa. Novel ini juga mengungkap isu rasuah, permainan politik dalam kancah bola sepak, penyalahgunaan dadah steriod, isu pemain import mahupun niat sabotaj yang lumrahnya wujud di kalangan pemain. Nama-nama besar dalam bola sepak seperti Azman Adnan, Ismail Ibrahim, Fidadi Mohammed dan mahupun bintang bola sepak terkenal dunia turut menjadi tarikannya yang tersediri. Kombinasi jalan cerita yang menarik antara cinta kepada kemanusiaan dan semangat persahabatan dalam sesebuah pasukan begitu penting dalam mewujudkan perpaduan, menjanjikan kepuasan dan kelainan dari segi tema dan jalan ceritanya....



*selamat membaca novel ini-kepada pencinta-pencinta bola sepak tempatan ini adalah novel yang baik untuk mengenal bintang - bintang veteran bolasepak tempatan.

Sunday, October 9, 2011

JALAN - JALAN DI CENTER POINT KOTA KINABALU SABAH

kakak saya yg pertama (Chak)

Kakak saya yg ke-3 (Yien)

selepas ke church, kami ber-3 sempat berjalan-jalan di sekitar Center Point KK (lebih dikenali CP) kami sempat ke kedai KELSON Kedai ni, mempunyai banyak barang-barang cenderahati,perhiasaan,bunga-bungaan dan juga barang --barang perhiasaan.
saya berkongsi dengan pembaca gambar - gambar yang saya sempat ambil huhuh.. kami berangan untuk mengadakan majlis berserta bunga-bungaan yang dipegang oleh kedua - dua kakak saya itu..
enjoy guys...................



Ulasan Buku - "Bagaimana Membaca Buku"' tulisan oleh Mortimer J. Adler & Charles Van Doren terjemahan Rustam A. Sani

hari itu saya masuk ke perpustakaan universiti seperti biasa, maklumlah tiap kali saya habis kelas dan menunggu untuk ke kelas yang seterusnya saya akan lepak di library.
pada hari itu saya tidak terfikir untuk mencari buku-buku rujukan seperti kebiasaannya, oleh itu saya menuju ke rak yang paling hujung sekali... walaupun Unirazak library di Sabah agak kecil jika dibandingkan dengan Universiti library di PJ mereka tetap menyediakan bahan bacaan yang menarik bagi saya. selepas membelek-belek tiap buku, saya terpandang akan kelibat buku Bagaimana membaca buku yang pada mulanya ditulis oleh dua sahabat Mortimer J. Adler & Charles Van Doren diterbitkan di Amerika Syarikat pada 1940 dan seterusnya diterjemahkan oleh Rustam A. Sani dalam Bahasa Melayu pada 1989 cetakan pertama.
Saya tertarik untuk berkongsi dengan pembaca semua tentang bagaimana pembacaan buku yang berkesan. Kita selalu mendengar guru -guru kita menasihat kita agar membaca sesebuah buku itu lebih dari 3 kali, rupanya inilah yang dimaksudkan oleh mereka namun terdapat beberapa teknik yang dikongsikan oleh penulis mengenai pembacaan yang berkesan antaranya adalah;
1- Kegiatan Membaca iaitu;
-pembacaan yang aktif
-matlamat pembacaan
2- peringkat pembacaan (paling penting)
-pembacaan pertama (pembacaan sekilas dan pra pembacaan)
3- Pembacan kedua (pembacaan secara analitis)
*mengelaskan buku
*memahami istilah-istilah pengarang
*memahami mesej pengarang

kalau kita mengamalkan pembacaan yang sebegini, tidak mustahil kita akan mencapai pemahaman yang paling maksima untuk sesebuah buku itu..
mari belajar sama-sama ya, saya sendiri sedang mengaplikasikan teknik ini seperti yang diajarkan, Bak kata penulis "Buku adalah sesuatu guru yang tidak hadir di hadapan namun tetap memberi pengajaran kepada pembaca - pembacanya"'.



Monday, October 3, 2011

ULASAN BUKU (MAHATHIR MENYINGA)


* Usai pembacaan buku yang bertajuk Mahathir Menyinga hasil nukilan Ruhanie Ahmad,ynag saya pinjam di Perpustakaan Negeri Sabah saya terpanggil untuk berkongsi dengan anda semua isi buku ini...Buku (Mahathir Menyinga) dicetak buat kali pertama pada tahun 2006. Buku ini sebenarnya mengupas dan mengulas mengenai penbatalan Jambatan Indah yang diilhamkan oleh mantan Perdana Menteri Ke-4 Malaysia iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad. Saya tertarik untuk membaca buku ini kerana kulit luarannya yang menarik di samping itu tajuk buku yang menarik dan saya terpanggil untuk mengatahui idea penulis mengenai pembatalan Jambatan Indah yang sepatutnya siap sepenuhnya pada 2009.

-Saya akan menyelitkan sedikit isi buku ini namun tidak keseluruhan (ini kerana saya bukanlah penganalisis buku yang profesional).
- Penulis seorang yang amat pandai bermain dengan bahasa ini kerana Datuk Ruhanie Ahmad memulakan kerjayaanya di The New Straits Tines sejak 1972. Beliau berkelulusan Diploma Pentadbiran Awam dari ITM (UITM SHAH ALAM) & dalam bidang kewartawanan dari Essex, England.
- Penulis mula menulis buku dengan meluahkan nukilan dari hati beliau, dimana Datuk Ruhanie Ahmad banyak menggunakan perkataan - perkataan kiasan namun memberi kesan terhadap setiap pembaca buku beliau. Sesiapa yang berasal dari Johor (anak-anak muda yang ingin mengetahui apakah yang sebenarnya berlaku sehingga pembatalan Jambatan Indah terjadi pada 12 April 2006).
- Antara petikan buku yang menyentuh saya adalah, bilamana Datuk Ruhanie Ahmad meluahkan yang tersirat di hati beliau dengan sebuah puisi iaitu diberi tajuk "Mahu Ketemu" yang diterbitkan oleh Dewan Masyarakat pada 1972;

"Temasik tumpah darahku, wajahmu biru, hatiku layu.
Temasik tumpah darahku, dendangmu pilu, jiwaku ragu.
Temasik tumpah darahku, terpisah kita selama-lamanya,
antara gelora Selat Teberau, antara sejarah kisah nan lampau.
Temasik tumpah darahku, aku rindu mahu ketemu,
mendakap mesra hati luhurmu.
Temasik tumpah darahku, ada salasilah, punya sejarah, Istana Gelam warisan
moyangku, Panglima Tok Bongkok bajunya merah,
Laksmana Bentan bermandi darah, Hang Nadim pengibar panji pusaka,
bujur lalu melintang patah, pantang undur mengaku kalah."

*Terdapat juga beberapa perkataan lama yang baru bagi saya, dimana sebelun ini saya tidak pernah melihat perkataan "Kiasu" (kiasu adalah pekataan Hokkien) yang bermaksud "extreme fear of loosing" atau perasaan takut yang amat sangat untuk menghadapi kekalahan dalam sebuah masyarakat yang terlalu kompetatif.

*Di akhir sekali, konklusi yang dapat saya buat mengenai buku ini adalah, kita sebagai rakyat Malaysia kita layak mengetahui apakah sebab yang sebenarnya pembatalan Jambatan Indah yang sekarang tinggal sejarah. Namun apapun yang berlaku, kita percaya kerajaan mempunyi misi dan visi yang lain untuk memajukan Malaysia di mata dunia.

*Sekiranya ada yang tersilap dah tersalah dalam pengulasan saya untuk kali ini mohon maaf terutamanya kepada penulis buku Datuk Ruahanie Ahmad.

Sekain.....

Friday, September 30, 2011

Tentative For the UNIRAZAK Convocation 2011....

July 2008 - Jan 2011 - Aku telah selamat menghabiskan zaman Diplomaku dan kini,
Sept 2011 hingga ke tak tahu lagi huhuhu kalau sempat pada Jun 2013 aku akan menghabiskan zaman Ijazahku dalam bidang pengurusan hospitaliti dan pelancongan.

Atas dorongan keluargaku dan rakan - rakan ku yang setia, aku kini bergelar mahasiswi Universiti Tun Abdul Razak yang akan bakal bergraduasi pada 22 oktober 2011 di PICC dalam jurusan Diploma Pengurusan pelancongan... Aku semakin excited nih! kepada teman rapatku Mohd Rashid Shahar nantikan ketibaan ku di KUALA LUMPUR.

Pada 19 Oct 2011 - aku bersama bonda tersayang akan berlepas daripada Terminal 2 Kota Kinabalu ke Terminal LCCT Kuala Lumpur dan akan tiba di KL pada 0945pm
Pada 20 Oct 2011 - aku akan ke kampus untuk menguruskan pas masuk untuk ke dewan garaduasi
Pada 21 Oct 2011 - pula, aku dan rakan-rakan yang bakal garaduan akan berrehearsal bersama-sama di PICC
Pada 22 Oct 2011 - pula adalah hari yang aku tunggu - tunggu iaitu hari konvokysen Universiti Tun Abdul Razak yang ke 11
Pada 24 & 25 Oct 2011 - aku akan menguruskan hal - hal pemulangan Jubah konvo & pengambilan foto konvo di kampus.
26 & 27 Oct 2011- aku akan membawa bondaku tersayang tour di Kuala Lumpur (ini janjiku hahah)
Pada 28 Oct 2011 - Jika tiada aral melintang aku akan berlepas pulang ke Kota Kinabalu bersama bonda tersayang pada 1210pm dan akan tiba di Kota Kinabalu pada jam 0245pm


*Coretan ini khas untuk Mohd Rashid Shahar yang tidak sabar menantikan kehadiranku di sana, hahah owhh lagi satu pada Convo Dinner pada 22 oct 2011 - jom lepak hingga pagi after the dinner hehhehe...