Tuesday, November 27, 2018

Diploma Pembantu Guru

Temui kami di:
~Pejabat Daerah Paitan pada 3-5 Disember 2018.
~Dewan Pride Kg.Kabatasan Pitas pada 11 & 12 Disember 2018.
~Dewan Penginapan Zul Kanibongan pada 13-15 Disember 2018.
UNTUk:
*Program Diploma Pembantu Guru👩‍🎓👨‍🎓
*Pengambilan Januari 2019🔊
*Terhad 30 orang terawal berdaftar sahaja👨👩
*Tiket penerbangan sehala🛫
*Biasiswa ditawarkan pada yang layak😇
*Yuran pendaftaran serendah RM20😎
*Pembiayaan pendidikan disediakan👍
*Belajar sambil berkerja 👩‍🏫👨‍🏫

#RegentCollege
#RegentEducationGroup

Monday, August 24, 2015

waaa sudah lama tidak update blog ni.. hmm rindu zaman kampus dengan teman2 debat, bss dan event2 yg meletup heheh

Tuesday, January 27, 2015


                                                      HEZNOY (We are Ready for it)
I'm created this New Facebook Page https://www.facebook.com/Heznoy?ref=bookmarks (This page is designed to simplify FB friends to find info about our marriage ceremony which will take place on 05.06.2015 (at the bride's hometown). The Church Mass will be held at Protestant Church in Sabah (PCS MARANATHA). Then the ceremony will held at Wakap Kampong and Bride Home Family in Kampung Tangkarason, Beluran, Sabah.
About the wedding invitation card, we will send or distribute around end of April till before the ceremony.

Other than that, we will held an event which is called (HEZNOY Rungus Traditional Costume Pre- Wedding Photoshoot Cum Pre-Wedding Ceremony) at the Maranjak Longhouse Lodge Kudat, Sabah on 11.04.2015 (Saturday) starting around 10am till finish.

We only invite our family & closest friends who able to attend the event. We had sent the invitation card for this event.

P/S: Will update any info here (For all of our friends in Sabah or Outside from Sabah, if there is anything to ask just TEXT or comment here)..
                                                                                                                              Thanks from HezNoy.

                                                       HEZNOY (Kami Sedia untuk itu)
Saya mencipta ini https://www.facebook.com/Heznoy?ref=bookmarks New Facebook Page (Laman ini direka bagi memudahkan rakan-rakan FB untuk mencari info tentang majlis perkahwinan kami yang akan berlangsung pada 05/06/2015 (di kampung halaman pengantin perempuan). Massa Kudus akan diadakan di Gereja Protestan di Sabah (PCS Maranatha). Manakala Acara Resepsi Majlis Perkhawinan akan diadakan di Wakap Kampung dan Rumah Keluarga Pengantin Perempuan di Kampung Tangkarason, Beluran, Sabah.
Mengenai kad jemputan perkahwinan, kami akan menghantar atau mengedarkan kad, sekitar akhir bulan April sehingga sebelum majlis tersebut.

Selain daripada itu, kami akan mengadakan acara yang dinamakan (HEZNOY Rungus Traditional Costume Pre-Wedding Photoshoot Cum Pre-Wedding Ceremony) di Maranjak LongHouse Lodge Kudat, Sabah pada 11/04/2015 (Sabtu), bermula sekitar Jam 10 pagi hingga selesai.

Kami hanya menjemput keluarga & rakan-rakan terdekat yang dapat menghadiri acara tersebut sahaja. Kami telah menghantar kad jemputan bagi acara ini.

P / S: Saya akan mengemas kini sebarang maklumat di sini (Untuk semua rakan kami di Sabah atau luar dari Sabah, jika ada sebaang pertanyaan Inbox di sini) ..

                                                                                                                       Terima kasih dari HezNoy.

Monday, November 24, 2014

Zalora Malaysia 15% Voucher Code

Dear all,
this is special offer from Zalora Malaysia (http://www.zalora.com.my/) for new customer orders only.
I would like to share this Voucher Code for your guys.
Free Shipping available when and the best part is you can pay on delivery.
#remember this voucher code only applicable for new customer only in Zalora.
Anything your guys can just ask me here,
Hey don't forget this is the zalora Link (http://www.zalora.com.my/)

Saturday, June 21, 2014

July 28th?

Question: 28.07.2014 what are the special about this date?

Answer:
In general, the july 28th will be the ceremony of Hari Raya Aidilfitri. Which all the Muslims people will celebrate the Aidilfitri after they fasting for 1 month during Ramadhan on the fasting month. So in general the 28th July is the first day of month of Syawal, which all Malaysian will celebrate Hari Raya Puasa and it is a Public Holiday!

On the other hand, July 28th its on Monday, i was born on 28th of May, the date, of course special to me! And so mean for me... July 28th ahhhh will falling love with you more tightly, and never gonna forget you;-).. July 28th lets celebrate love together!. Eventhough I feel nervous for that date, I keep wait and wait till it comes. Then now the july 28th almost reach it only left few days to come. Huh its actually only 45 days left!!! July 28th be nice to me, don't keep chasing me, don't let me down, please do not let my hand off, please love me sincerely,only put my name on your heart, please take me as one of your commitments, please let me rely on you, let me Love's you as much as I wanted, love me like you promised, please love my family as I really like and love your family, respect each others, taking care of me, pujuk me if I merajuk:-) (the best part I do like hehe), july 28th together we care and let's celebrating LOVE. GOD Bless!

Thursday, June 19, 2014

Ulasan Buku - Bintang Hati By Azilawati Mat Angsar



Sinopsis Novel Bintang Hati By Azilawati Mat Angsar
Tajuk Novel : Bintang Hati
Karya : Azilawati Mat Angsar
Penerbit : CESB
Terbitan : 2009
Halaman : 360 mukasurat
Harga : rm17.90 
(Sabah & Sarawak lain harga tau tapi saya pinjam buku ini dari Sabah State Library saja, belum beli lagi heheh)
Lebih sedekad Nurul Iman menutup pintu hatinya untuk mana-mana lelaki. Segalanya hanya kerana rasa kasih dan sayang pada sang arjuna hati yang tidak jadi dikahwini. Namun kehadiran Nafis, umpama cahaya yang menerangi malamnya yang suram tidak berbintang. Nafis, lelaki sempurna. Jejaka impian wanita. Namun kesempurnaan Nafis tidak berjaya membawa Nurul Iman ke alam cinta.

Lalu, Ilhan hadir mencuri ruang-ruang kosong yang gagal dipenuhi oleh Nafis. Dan perasaan sayang, diam-diam Ilhan anyam dengan harapan agar kasih mereka akan disatukan. Namun dalam diam-diam juga... Nurul Iman menolah kasih Ilhan. Cinta Nurul Iman hanya pada lelaki itu. Lelaki yang tidak jadi dikahwininya dahulu.

Kemunculan Harith yang tiba-tiba itu, benar-benar menguji kesetiaan Nurul Iman. bintang di hatinya bersinar kembali. Namun kehadiran Laura bagai membawa kasihnya pergi. Inikah dendam yang bertahun tersimpan di hati lelaki itu? Dan inikah masanya untuk Harith melihat dirinya sengsara? Sedang Nurul Iman tidak pernah sedar, hanya dia yang Harith cinta buat selamanya....
......................................................................................................................

Perjalanan cerita yang agak stabil tetapi perlahan. Setiap bab yang dibaca saya seringkali digamit tanda tanya. Penulis seakan mendera pembacanya kerana dalam setiap bab saya memperolehi hanya serpihan dari jawapan untuk setiap persoalan. Saya tertanya-tanya apa sebenarnya yang penulis cuba sampaikan di dalam novel ini. 


Kisah tentang Nurul Iman yang dicap pembawa sial oleh pakcik dan makciknya telah dihalau keluar dari rumah. Perkahwinan dengan insan tersayang sengaja dibatalkan kerana bimbang akan melekat kesialan memaksa Nurul Iman membawa diri walaupun hati masih lagi tetap menyintai Harith seorang.

Sepuluh tahun berlalu Nurul Iman rapat dengan Nafis. Sememangnya Nafis menyimpan perasaan yang luhur untuk Nurul Iman tetapi Nafis sudah memaklumi hati Nurul Iman sudah dimiliki. Timbul pula Ilhan, pekerja baru di Hakimi Public Accounts yang ternyata juga telah jatuh hati kepada Nurul Iman. Ilhan pula telah mengambil pendekatan untuk merapati adik Nurul Iman sebagai taktik untuk merebut hati Nurul Iman. Malangnya Nurul Izzah telah tersalah sangka. Dia menyangka cinta Ilhan untuknya. Berlakulah perselisihan faham antara dua beradik ini. Nurul Izzah tergamak pula menuduh Nurul Iman pembawa sial hanya kerana seorang lelaki sedangkan di bab yang lain penulis menceritakan begitu akrabnya ikatan persaudaraan mereka berdua. Saya dipalu kehairanan. Macam cerita sinetron Indonesia pulak. Sekejap berubah ke kiri sekejap lagi berubah ke kanan. 

Kisah cinta Nurul Iman dan Harith terjalin semula apabila mereka bertemu di Hariman Way's. Membongkar kisah-kisah cinta lama yang ternyata masih segar dan tumbuh di dalam diri masing-masing. Namun masing-masing tetap control macho dan menidakkan perasaan sendiri yang bergelora. 

Harith cuba menarik perhatian kekasihnya dengan menggunakan Laura sebagai senjata untuk menyakitkan hati Nurul Iman. Berkesan. Sakit hati yang ditanggung membuatkan Nurul Iman sengsara. Nafislah tempat dia mengadu hal. Nafis yang terpaksa mendengar walaupun hatinya juga dicuri oleh Nurul Iman. Namun Nafis terpaksa akur, cinta Nurul Iman hanya untuk Harith sejak dari dulu lagi dan tidak berubah.

*Pening juga bila membaca buku ni, banyak penggunaan ayat yang kurang jelas dan agak sukar untuk memahami pendekatan yang digunakan oleh penulis.. apabila jalan cerita dicampurkan dengan cerita lalu dan masa kini Nurul Iman dalam tiap bab ianya sukar untuk memahami jalan cerita yang hendak ditonjolkan oleh penulis... apapun novel ini menarik bagi sesiapa yang sukakan cerita seperti ini!.... 

Raising Star!

About half a year, no quotes showed up from my blog.. And suddenly received a few comments from my fellow readers regarding why i' am not keep updating my blog anymore. so HOW.. Due to my busyness life after attached with my currently job. I've facing difficulties to find time to update my blog.. but then will keep updating this in future as frequently as i can.. heheh even doing my hobbies which is reading novels or books also now become less and less. huh....
However, guys don't worry be happy ehhehe!

Sunday, February 17, 2013

Recently...

Recently got someone, ask me to update my blog frequently, WHY?... ooo that's the one who always scroll up and down these blog without I'am realizing them... its okay if you are really like it.. then here you go... enjoy your reading!

Review Believe In Miracles But Trust In Jesus By Adrian Rogers

March 9, 1999

Review Believe In Miracles But Trust In Jesus By Adrian Rogers Book Description 

You're on the job with a deadline looming. At a game with your team losing and only two minutes to go. Or at home with a houseful of children and company coming at 7. In the midst of it you laughingly proclaim, "I need a miracle!"

But you really mean it when the situation is critical--while sitting in a waiting room outside the I.C.U., while awaiting word about the latest company downsizing, or while in the long depression of losing a loved one.

It is then you need, not just a miracle, but God Himself.
This book communicates this at its core: Each divine miracle that occurs now--and that Jesus performed during His lifetime on earth--is intended to set your sights on the real answer to your need: the Savoir.


And many other signs truly did Jesus in the presence of his disciples, which are not written in this book: But these are written, that ye might believe that Jesus is the Christ, the Son of God; and that believing ye might have life through his name. --John 20:30-31
As Scripture says, the seven miracles that the apostle highlighted in the book of John were intended as signs. They carried a message--proof that Jesus was who He said, the Son of God.

These "miracles with a message" from 2,000 years ago hold great relevance for you today. They serve as signposts pointing to Jesus, showing that He was and is God's answer to your deepest need. To your disappointments, doubts, disabilities, desires, despair, darkness, and death.

While this book studies those seven key miracles, its overriding message is that God performs miracles--then and now--for one reason. Dr. Adrian Rogers puts it this way: "Believe the miracles, but trust in God. Their purpose is to deepen our trust in Him, not in the miracles themselves."
This thought-provoking, popularly written book will change the way you view God and His work in our lives.


*Actually I brought this book for my brother, in the meantime I've also has read this book, it looks very interesting to know and for shared information.. Hopefully he will like it for reading and his research reference. 
  

Wednesday, February 13, 2013

Tuesday, October 27, 2009 (SEORANG TEMAN)


Tuesday, October 27, 2009

*Copy & Paste my old blog posts*


"SEORANG TEMAN"

NAMA:NOYIHIN BT SANGKONG
ASAL:SABAH
UMUR:21 TAHUN (sekarang hampir 25 tahun)
COURSE:DIPLOMA IN TOURISM MANAGEMENT 
(sekarang BACHELOR OF HOSPITALITY & TOURISM MANAGEMENT)
CIRI-CIRI:EDUCATED,TEGAS,AGAK KASAR,EMOTIONAL,DEDICATED.
KEISTEMEWAAN:PANDAI MENYANYI
  • HAAA..Tue laa yg dipublishkan oleh cik CT IDA kita kat blog dia huhuh..
  • ciri2 aku tue...tak nak komen banyak laa coz Absolutely correct huuhuu...
  • Cik IDA nie cukup kenal siapa NOY yg sebenarnya hahah..(yuppp)
  • Dah setahun lebih berkawan rapat dgn dia, ktorg selesa utk sharing cerita suka duka bersama-sama..(agak2 sekarang dah berapa tahun dah ehehehh)
  • So if korang ada kemuskyilan tentang diri ini sila tanya kat dia heheh...terutamanya pada org2 yg berminat utk mengenali aku hahah...bole tak IDA? 
  • Yang aku paling suka tue dia ckp aku pandai menyanyi heheh..nak ajak karaoke sila lah sms aku hehe any time for that's ukie....
  • Yang lain semuanya BENAR tiada sebarang penipuan dan penambahan berlaku disitu huhuhu.
KOMEN NOY-psl ciri2 aku yg ida ckp kat ats tue..
  1. KASAR> mmg kasar, kdg2 saya tak sedar pun yg saya dah tercakap sesuatu yg menyakitkan hati org lain..(i'm sorry)...
  2. TEGAS> yaa mmg tegas.. if saya ckp NO..mmg tidak lah jawabnya.. (yg kenal tue mmg dah agk dah jwbn aku kan)..
  3. EMOTIONAL> huhu saya mengaku IDA haha.. IF saya nak cerita sesuatu then cete tue ikhlas from my heart,berair mata kan IDA hehe..(die jatuh sendiri aku tak suruh pun die jatuh jugak hehe)..
  4. DEDICATED> hurm..apa nak cakap ar.. bila saya nak buat sesuatu saya kena pastikan semuanya berjalan dgn lancar..Apapun Thankz to all yaa who concern with me.. (terutamanya KO IDA huhuh)
  5. EDUCATED> Atas didikan Mami saya, jadilah Noy yang sekarang nie heheh.. (PEACE no war!!)


    *P/S: Tiba2 nampak post dulu2, Tuesday, October 27, 2009 agak menarik untuk dikongsikan semula dengan rakan2 blog masa kini dan sesiapa pun yang selalu meninjau blog Miss YonYi tanpa aku sedari :-)... Agak rindukan zaman2 semasa menjadi budak Diploma di Kelana Jaya dahulu 08-10 tetapi zaman2 buat Ijazah di Kota Kinabalu 11-13 pun tidak kurang menariknya... apabila bertemu kembali dengan individu2 yang pernah menjadi sebahagian dari diri rasa diri dihargai....

Ulasan Buku - Akulah Cinderella (Nozi Danisya)

Actually this book is belong with miss Noyien Sangkong my sister hehehe...She just lend to me last few week since i'm go to Sandakan for vacation... She said that the stories were interesting!  but there's no time for me to start my reading in Sandakan then when i'm come back from sandakan I starting my readings.... 
To all my dear novelist lover this book looks very interesting and the contents also not bad as well as if your are the followers of www.penulisan2u.com you'll find the short stories about the novel also....
Akulah Cinderella (Nozi Danisya) Synopsis

Nur Aisyah, gadis manis bertukar imej tomboi untuk mengelakkan diri daripada dibuli oleh orang kampung. Dia yang dipanggil Syah terpaksa berhenti sekolah dan bekerja untuk menyara lima orang adik-adiknya selepas kematian ibu bapanya. Pada malam semasa pulang bekerja, dia telah bertembung dengan kereta Shafiq yang membawa kepada pergaduhan besar di antara mereka. Semenjak itu, Syah mengisytiharkan perang ke atas Shafiq. Secara kebetulan juga Syah telah menyelamatkan nyawa Datin Zulaikha, seorang wanita kaya yang baik hati dan juga  ibu kepada Shafiq.  Kesengsaraan hidup Syah telah menyentuh hati Datin Zulaikha dan cuba untuk membalas budi baik gadis itu dengan mengambil Syah dan adik-adiknya sebagai anak angkatnya tanpa pengetahuan lelaki itu. Bagaimanakah reaksi Shafiq?

“Apa ni? Nak cari gaduh ke?”
“Apa dia? Aku buat apa?”
“Kau luku kepala aku tu kenapa?”
Bolehkah mereka berdamai? Bolehkah Shafiq menerima Syah dan adik-adiknya? Adakah Syah akan selamanya menjadi tomboi dan bersikap dingin dengan Shafiq?
‘Akulah Cinderella’ ada jawapannya.

*Novel ini menarik....it's a wonderful moment to a girls who wish to be a Cinderella even tough in short times... then it becomes real... how it could be heheheh...no answer...

Novel Cinta Tak Beralih By Hezzy Azra


Sinopsis Novel Cinta Tak Beralih By Hezzy Azra 

BILA hati asyik diusik rindu, jiwa sering dibelai debaran... perasaan apa lagi yang sedang dilanda gelora kalau bukan cinta? Larra Kirana bahagia dengan rasa indah yang dimilikinya itu. Menatap Shaqril yang sering lalu-lalang di hadapan kedai dobinya dari jauh sudah cukup untuk merawat kerinduan itu. Berbalas senyum sahaja sudah hebat dia diamuk oleh rasa gemuruh. Tidak sangka hubungan mereka terjalin selepas Shaqril menghantar kemeja untuk dicuci. 

Detik demi detik memekarkan cinta di hati, sedangkan Shaqril sebenarnya dalam dilema. Kasihnya melimpah untuk Larra, walhal dia tunangan Balqis. Jodoh yang diatur keluarga tidak mampu dibantah. Hari yang dilalui amat menyeksakan. Shaqril berharap sesuatu akan terjadi agar cintanya terhadap Larra tidak berakhir. Moga Larra tidak menyalahkannya andai rahsia tersingkap. Namun dia harus berlaku jujur, tak ingin melukai hati Larra lebih dalam lagi.



*Selesai pembacaan hati terusik dengan kata-kata yang tersirat dalam novel ini, benarkah cinta itu takkan beralih? kepada penulis ilham anda dalam berkarya mengusik jiwa pembaca.....

Sunday, January 13, 2013

thank you lord....

I would like to thank to GOD for make me as I  am now.. to my family thank you for your kindness, support, loves, and everything.. To my PAST, TODAY and PRESENT special beloved ones I really love you... Thank you for your never endings love.... with hopes that we are BELONG TOGETHER....

Wednesday, October 3, 2012

Trip To Kuala Penyu

Yesterday we went Kg. Lagkau Ranau for the 1st site visit for community services purposes. Agak penat jugak laa... but thank GOD we were still can manage our time dan selamat sampai dan kembali ke destinasi masing2 tanpa ada apa2 perkara yang tidak ingin berlaku. Luckily we have Mr. Sulaiman the one whose own car for the transportation, the we doesn't need to find else. And we have Ms. Farah as a host community or intermediaries between us and the villagers, and we have Ms. Jess and Ms. Noy as a viewer saja hahahh...

This next Monday will we another meeting for U-CARE team, which is we will discuss about the tentative, budget and more.  I hope that we can manage this event with careful and tend to achieve our objective with enjoyment and happiest huhuhu...

On this Saturday the will be another trip for my TDD group to visit one of the attraction place in Sabah which is locate in Tempurung Lodge Kuala Penyu. We will do the observation and experience their activities but not all, as we were afford to pay the fee... Other than that, we will do the research about the development, customer satisfaction, the facilities, the attraction itself and more..

So, wish we all good luck... and pray for us too...
Thanks...

Wednesday, September 26, 2012

HARI HUJAN...
Bangun seawal jam 6 pagi, malas, tapi bangun juga....
lepas mandi dan bersiap... duduk sebentar sambil minum nescafe 3 In 1 regular huhuhu...
Jam 7 pagi bergerak ke kelas, jalan jammed tapi dapat menyelit diantara kereta -kereta yang berderet itu hahah.. al maklumlah bawa motor kan huhu...
semakin menghampiri jam 8 pagi, selamat sampai di Unirazak Sidma College KK huh! ingatkan sudah terlambat untuk letcure kelas B. Comm 1 dengan Mr. Rob...
Sesampai kelas, terkejut become the 1st student yang arrive on time lah konon heheh...
Semakin ramai student yang datang, kami tunggu punya tunggu sampai lah 8.30 pagi, ada student yang volunteer check the announcement di board, hahhah terkejut dengan announcement... All student in B.Comm 1 will be in one class only which is today but change to 12.30pm.. alamak,... mana nak stay huhu....
Relax jap, my friend suggest to stay at Lab.. so sampai lah sekarang masih di sini... agak keboringan jugak laa...
siapa suruh tidak aware dengan announcement kan hahah... sudahlah hujan lebat... tapi ka, syukur jugak laa datang tadi pagi kalau tidak mesti kena dek hujan kan..kan..kan...
ok laahhh that's all for today, just mencoret sikit... lama tidak update blog... quite bz now...

Thursday, March 1, 2012

I'm Back.

I'm Back...
Want to share the "I Love You" in different languages.

English - I Love You
Afrikaans - Ek het jou lief
Bisaya - Nahigugma ako kanimo
Cambodian - Soro lahn nhee ah
Cantonese Chinese - Ngo oiy ney a
Filipino - Mahal kita
French - Je t'aime, Je t'adore
Hawaiian - Aloha wau ia oi
Hindi - Hum Tumhe Pyar Karte hae
Indonesian - Saya cinta padamu
Italian - Ti amo
Japanese - Aishiteru
Korean - Sarang Heyo
Latin - Te amo
Malay - Saya cintakan mu / Aku cinta padamu
Mandarin Chinese - Wo ai ni
Portuguese - Eu te amo
Romanian - Te ubesk
Russian - Ya tebya liubliu
Spanish - Te quiero / Te amo
Tagalog - Mahal kita
Taiwanese - Wa ga ei li
Tamil - Nan unnai kathalikaraen
Telugu - Nenu ninnu premistunnanu
Thai - Chan rak khun (to male)
Thai - Phom rak khun (to female)
Turkish - Seni Seviyorum
Ukrainian - Ya tebe kahayu
Urdu - mai aap say pyaar karta hoo
Vietnamese - Anh ye^u em (to female)
Vietnamese - Em ye^u anh (to male)

Just for my record purpose only....

Wednesday, October 12, 2011

ULASAN BUKU (PIALA KEHIDUPAN)

penulis: Nazehran Jose Ahmad
Buku dedikasikan pada: Allahyarham Mokhtar Dahari (Lagenda Bola Sepak Negara 1953-1991)
Diterbitkan pada: 2008 (cetakan pertama)
Dicetak oleh: Litmus Print Sdn. Bhd Selangor


Biodata penulis
Nazehran jose Ahmad atau nama sebenarnya ialah Nasran Ahmad bin Hizam dilahirakan pada 28 januari 1980 di kota Bharu, Kelantan dan menetap di Johor Bahru. Beliau adalah garaduan dari Universiti teknologi Mara dengan memperolehi Diploma pengurusan dan teknologi Pejabat. Kini, beliau menyambung pengajian dalam ijazah sarjana muda komunikasi massa (Kepujian) (kewartawanan) di universiti yang sama di Shah Alam. Novel pertama yang dihasilkan oleh beliau ialah piala kehidupan. Segala maklumat lanjut berhubung novel beliau boleh melawat laman webnya; www.nazehranjoseahmad.com

Sinopsis Buku
Piala kehidupan berkisar mengenai dunia bola sepak yang berlatarbelakangkan sekitar tahun 90an beberapa siri piala yang menjadi kebangaan negara; piala FA, Pala Sumbangshi, Piala Liga, Piala Malaysia dan Piala Dunia sebagai penampilan istimewa. Novel ini juga mengungkap isu rasuah, permainan politik dalam kancah bola sepak, penyalahgunaan dadah steriod, isu pemain import mahupun niat sabotaj yang lumrahnya wujud di kalangan pemain. Nama-nama besar dalam bola sepak seperti Azman Adnan, Ismail Ibrahim, Fidadi Mohammed dan mahupun bintang bola sepak terkenal dunia turut menjadi tarikannya yang tersediri. Kombinasi jalan cerita yang menarik antara cinta kepada kemanusiaan dan semangat persahabatan dalam sesebuah pasukan begitu penting dalam mewujudkan perpaduan, menjanjikan kepuasan dan kelainan dari segi tema dan jalan ceritanya....



*selamat membaca novel ini-kepada pencinta-pencinta bola sepak tempatan ini adalah novel yang baik untuk mengenal bintang - bintang veteran bolasepak tempatan.

Sunday, October 9, 2011

JALAN - JALAN DI CENTER POINT KOTA KINABALU SABAH

kakak saya yg pertama (Chak)

Kakak saya yg ke-3 (Yien)

selepas ke church, kami ber-3 sempat berjalan-jalan di sekitar Center Point KK (lebih dikenali CP) kami sempat ke kedai KELSON Kedai ni, mempunyai banyak barang-barang cenderahati,perhiasaan,bunga-bungaan dan juga barang --barang perhiasaan.
saya berkongsi dengan pembaca gambar - gambar yang saya sempat ambil huhuh.. kami berangan untuk mengadakan majlis berserta bunga-bungaan yang dipegang oleh kedua - dua kakak saya itu..
enjoy guys...................



Ulasan Buku - "Bagaimana Membaca Buku"' tulisan oleh Mortimer J. Adler & Charles Van Doren terjemahan Rustam A. Sani

hari itu saya masuk ke perpustakaan universiti seperti biasa, maklumlah tiap kali saya habis kelas dan menunggu untuk ke kelas yang seterusnya saya akan lepak di library.
pada hari itu saya tidak terfikir untuk mencari buku-buku rujukan seperti kebiasaannya, oleh itu saya menuju ke rak yang paling hujung sekali... walaupun Unirazak library di Sabah agak kecil jika dibandingkan dengan Universiti library di PJ mereka tetap menyediakan bahan bacaan yang menarik bagi saya. selepas membelek-belek tiap buku, saya terpandang akan kelibat buku Bagaimana membaca buku yang pada mulanya ditulis oleh dua sahabat Mortimer J. Adler & Charles Van Doren diterbitkan di Amerika Syarikat pada 1940 dan seterusnya diterjemahkan oleh Rustam A. Sani dalam Bahasa Melayu pada 1989 cetakan pertama.
Saya tertarik untuk berkongsi dengan pembaca semua tentang bagaimana pembacaan buku yang berkesan. Kita selalu mendengar guru -guru kita menasihat kita agar membaca sesebuah buku itu lebih dari 3 kali, rupanya inilah yang dimaksudkan oleh mereka namun terdapat beberapa teknik yang dikongsikan oleh penulis mengenai pembacaan yang berkesan antaranya adalah;
1- Kegiatan Membaca iaitu;
-pembacaan yang aktif
-matlamat pembacaan
2- peringkat pembacaan (paling penting)
-pembacaan pertama (pembacaan sekilas dan pra pembacaan)
3- Pembacan kedua (pembacaan secara analitis)
*mengelaskan buku
*memahami istilah-istilah pengarang
*memahami mesej pengarang

kalau kita mengamalkan pembacaan yang sebegini, tidak mustahil kita akan mencapai pemahaman yang paling maksima untuk sesebuah buku itu..
mari belajar sama-sama ya, saya sendiri sedang mengaplikasikan teknik ini seperti yang diajarkan, Bak kata penulis "Buku adalah sesuatu guru yang tidak hadir di hadapan namun tetap memberi pengajaran kepada pembaca - pembacanya"'.



Monday, October 3, 2011

ULASAN BUKU (MAHATHIR MENYINGA)


* Usai pembacaan buku yang bertajuk Mahathir Menyinga hasil nukilan Ruhanie Ahmad,ynag saya pinjam di Perpustakaan Negeri Sabah saya terpanggil untuk berkongsi dengan anda semua isi buku ini...Buku (Mahathir Menyinga) dicetak buat kali pertama pada tahun 2006. Buku ini sebenarnya mengupas dan mengulas mengenai penbatalan Jambatan Indah yang diilhamkan oleh mantan Perdana Menteri Ke-4 Malaysia iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad. Saya tertarik untuk membaca buku ini kerana kulit luarannya yang menarik di samping itu tajuk buku yang menarik dan saya terpanggil untuk mengatahui idea penulis mengenai pembatalan Jambatan Indah yang sepatutnya siap sepenuhnya pada 2009.

-Saya akan menyelitkan sedikit isi buku ini namun tidak keseluruhan (ini kerana saya bukanlah penganalisis buku yang profesional).
- Penulis seorang yang amat pandai bermain dengan bahasa ini kerana Datuk Ruhanie Ahmad memulakan kerjayaanya di The New Straits Tines sejak 1972. Beliau berkelulusan Diploma Pentadbiran Awam dari ITM (UITM SHAH ALAM) & dalam bidang kewartawanan dari Essex, England.
- Penulis mula menulis buku dengan meluahkan nukilan dari hati beliau, dimana Datuk Ruhanie Ahmad banyak menggunakan perkataan - perkataan kiasan namun memberi kesan terhadap setiap pembaca buku beliau. Sesiapa yang berasal dari Johor (anak-anak muda yang ingin mengetahui apakah yang sebenarnya berlaku sehingga pembatalan Jambatan Indah terjadi pada 12 April 2006).
- Antara petikan buku yang menyentuh saya adalah, bilamana Datuk Ruhanie Ahmad meluahkan yang tersirat di hati beliau dengan sebuah puisi iaitu diberi tajuk "Mahu Ketemu" yang diterbitkan oleh Dewan Masyarakat pada 1972;

"Temasik tumpah darahku, wajahmu biru, hatiku layu.
Temasik tumpah darahku, dendangmu pilu, jiwaku ragu.
Temasik tumpah darahku, terpisah kita selama-lamanya,
antara gelora Selat Teberau, antara sejarah kisah nan lampau.
Temasik tumpah darahku, aku rindu mahu ketemu,
mendakap mesra hati luhurmu.
Temasik tumpah darahku, ada salasilah, punya sejarah, Istana Gelam warisan
moyangku, Panglima Tok Bongkok bajunya merah,
Laksmana Bentan bermandi darah, Hang Nadim pengibar panji pusaka,
bujur lalu melintang patah, pantang undur mengaku kalah."

*Terdapat juga beberapa perkataan lama yang baru bagi saya, dimana sebelun ini saya tidak pernah melihat perkataan "Kiasu" (kiasu adalah pekataan Hokkien) yang bermaksud "extreme fear of loosing" atau perasaan takut yang amat sangat untuk menghadapi kekalahan dalam sebuah masyarakat yang terlalu kompetatif.

*Di akhir sekali, konklusi yang dapat saya buat mengenai buku ini adalah, kita sebagai rakyat Malaysia kita layak mengetahui apakah sebab yang sebenarnya pembatalan Jambatan Indah yang sekarang tinggal sejarah. Namun apapun yang berlaku, kita percaya kerajaan mempunyi misi dan visi yang lain untuk memajukan Malaysia di mata dunia.

*Sekiranya ada yang tersilap dah tersalah dalam pengulasan saya untuk kali ini mohon maaf terutamanya kepada penulis buku Datuk Ruahanie Ahmad.

Sekain.....