Google+ Badge

Thursday, June 19, 2014

Ulasan Buku - Bintang Hati By Azilawati Mat Angsar



Sinopsis Novel Bintang Hati By Azilawati Mat Angsar
Tajuk Novel : Bintang Hati
Karya : Azilawati Mat Angsar
Penerbit : CESB
Terbitan : 2009
Halaman : 360 mukasurat
Harga : rm17.90 
(Sabah & Sarawak lain harga tau tapi saya pinjam buku ini dari Sabah State Library saja, belum beli lagi heheh)
Lebih sedekad Nurul Iman menutup pintu hatinya untuk mana-mana lelaki. Segalanya hanya kerana rasa kasih dan sayang pada sang arjuna hati yang tidak jadi dikahwini. Namun kehadiran Nafis, umpama cahaya yang menerangi malamnya yang suram tidak berbintang. Nafis, lelaki sempurna. Jejaka impian wanita. Namun kesempurnaan Nafis tidak berjaya membawa Nurul Iman ke alam cinta.

Lalu, Ilhan hadir mencuri ruang-ruang kosong yang gagal dipenuhi oleh Nafis. Dan perasaan sayang, diam-diam Ilhan anyam dengan harapan agar kasih mereka akan disatukan. Namun dalam diam-diam juga... Nurul Iman menolah kasih Ilhan. Cinta Nurul Iman hanya pada lelaki itu. Lelaki yang tidak jadi dikahwininya dahulu.

Kemunculan Harith yang tiba-tiba itu, benar-benar menguji kesetiaan Nurul Iman. bintang di hatinya bersinar kembali. Namun kehadiran Laura bagai membawa kasihnya pergi. Inikah dendam yang bertahun tersimpan di hati lelaki itu? Dan inikah masanya untuk Harith melihat dirinya sengsara? Sedang Nurul Iman tidak pernah sedar, hanya dia yang Harith cinta buat selamanya....
......................................................................................................................

Perjalanan cerita yang agak stabil tetapi perlahan. Setiap bab yang dibaca saya seringkali digamit tanda tanya. Penulis seakan mendera pembacanya kerana dalam setiap bab saya memperolehi hanya serpihan dari jawapan untuk setiap persoalan. Saya tertanya-tanya apa sebenarnya yang penulis cuba sampaikan di dalam novel ini. 


Kisah tentang Nurul Iman yang dicap pembawa sial oleh pakcik dan makciknya telah dihalau keluar dari rumah. Perkahwinan dengan insan tersayang sengaja dibatalkan kerana bimbang akan melekat kesialan memaksa Nurul Iman membawa diri walaupun hati masih lagi tetap menyintai Harith seorang.

Sepuluh tahun berlalu Nurul Iman rapat dengan Nafis. Sememangnya Nafis menyimpan perasaan yang luhur untuk Nurul Iman tetapi Nafis sudah memaklumi hati Nurul Iman sudah dimiliki. Timbul pula Ilhan, pekerja baru di Hakimi Public Accounts yang ternyata juga telah jatuh hati kepada Nurul Iman. Ilhan pula telah mengambil pendekatan untuk merapati adik Nurul Iman sebagai taktik untuk merebut hati Nurul Iman. Malangnya Nurul Izzah telah tersalah sangka. Dia menyangka cinta Ilhan untuknya. Berlakulah perselisihan faham antara dua beradik ini. Nurul Izzah tergamak pula menuduh Nurul Iman pembawa sial hanya kerana seorang lelaki sedangkan di bab yang lain penulis menceritakan begitu akrabnya ikatan persaudaraan mereka berdua. Saya dipalu kehairanan. Macam cerita sinetron Indonesia pulak. Sekejap berubah ke kiri sekejap lagi berubah ke kanan. 

Kisah cinta Nurul Iman dan Harith terjalin semula apabila mereka bertemu di Hariman Way's. Membongkar kisah-kisah cinta lama yang ternyata masih segar dan tumbuh di dalam diri masing-masing. Namun masing-masing tetap control macho dan menidakkan perasaan sendiri yang bergelora. 

Harith cuba menarik perhatian kekasihnya dengan menggunakan Laura sebagai senjata untuk menyakitkan hati Nurul Iman. Berkesan. Sakit hati yang ditanggung membuatkan Nurul Iman sengsara. Nafislah tempat dia mengadu hal. Nafis yang terpaksa mendengar walaupun hatinya juga dicuri oleh Nurul Iman. Namun Nafis terpaksa akur, cinta Nurul Iman hanya untuk Harith sejak dari dulu lagi dan tidak berubah.

*Pening juga bila membaca buku ni, banyak penggunaan ayat yang kurang jelas dan agak sukar untuk memahami pendekatan yang digunakan oleh penulis.. apabila jalan cerita dicampurkan dengan cerita lalu dan masa kini Nurul Iman dalam tiap bab ianya sukar untuk memahami jalan cerita yang hendak ditonjolkan oleh penulis... apapun novel ini menarik bagi sesiapa yang sukakan cerita seperti ini!.... 

No comments:

Post a Comment