Saturday, July 4, 2009

CERITA LAWAK - PELUPA

Seorang isteri menyuruh suaminyer yang terkenal dengan sikap pelupa pergi ke pasar untuk membeli barang dapur

isteri:beli bawang sekilo,cili kering dua ringgit
suami:setakat dua barang abang ingatlah
sebaik saja enjin vespa dihidupkan si isteri pun ingat garam dah habis.
isteri:eh abang garam dah habis
suami:kalau dah tiga barang mesti abang dah lupa
isteri:kalau macam tu baik abang tulis
selesai mencatat barang yang hendak di beli

sampai di pasar si suami terpinga-pinga.garu sana.garu sini tak pasal pasal
rambut gugur.selain lupa apa barang yang di perlukan isterinya dia juga lupa bawa kertas catatannya tadi.

Yon YI :macam mana orang tu pelupa tak hihihi?
ahhh lagi satu TAJUK MENGGOSOK GIGI


Seorang doktor wanita yang cantik dari bandar melakukan satu kajian kesihatan di sebuah kampung. Ketika hampir semua pendudukkampung sudah berkumpul di dalam dewan itu, doktor wanita itu mula bertanya.
Doktor : Menjaga kesihatan haruslah dimulakan dengan kebersihan gigi.. Saya ingin tahu, berapa kali, pakcik-pakcik gosok gigi dalam sehari?
Pak cik Ali : (malu-malu) bagi pak cik, cukuplah sekali sehari...
Pakcik Rizal : Sekali sahaja! Saya 3 kali sehari.
Doktor : Bagus....bila masanya, pak cik menggosok gigi?
Pakcik Rizal : Pagi sebelum mandi. Petang, selapas balik dari sawah, dan malam, sebelum tidur.
Pak cik Azwan :3 kali sahaja sudah sombong...saya 12 kali!
Doktor : Wah...macammana pak cik gosok gigi sampai 12 kali?
Pak cik Azwan : Januari sekali, Februari sekali, March sekali, ...........

Yon Yi:so,macam mana lawak tak?hihih
esok2 aku kongsi cerita lawak lagi dengan korang eheheh...

No comments:

Post a Comment