Sunday, October 9, 2011




Ulasan Buku - "Bagaimana Membaca Buku"' tulisan oleh Mortimer J. Adler & Charles Van Doren terjemahan Rustam A. Sani

hari itu saya masuk ke perpustakaan universiti seperti biasa, maklumlah tiap kali saya habis kelas dan menunggu untuk ke kelas yang seterusnya saya akan lepak di library.
pada hari itu saya tidak terfikir untuk mencari buku-buku rujukan seperti kebiasaannya, oleh itu saya menuju ke rak yang paling hujung sekali... walaupun Unirazak library di Sabah agak kecil jika dibandingkan dengan Universiti library di PJ mereka tetap menyediakan bahan bacaan yang menarik bagi saya. selepas membelek-belek tiap buku, saya terpandang akan kelibat buku Bagaimana membaca buku yang pada mulanya ditulis oleh dua sahabat Mortimer J. Adler & Charles Van Doren diterbitkan di Amerika Syarikat pada 1940 dan seterusnya diterjemahkan oleh Rustam A. Sani dalam Bahasa Melayu pada 1989 cetakan pertama.
Saya tertarik untuk berkongsi dengan pembaca semua tentang bagaimana pembacaan buku yang berkesan. Kita selalu mendengar guru -guru kita menasihat kita agar membaca sesebuah buku itu lebih dari 3 kali, rupanya inilah yang dimaksudkan oleh mereka namun terdapat beberapa teknik yang dikongsikan oleh penulis mengenai pembacaan yang berkesan antaranya adalah;
1- Kegiatan Membaca iaitu;
-pembacaan yang aktif
-matlamat pembacaan
2- peringkat pembacaan (paling penting)
-pembacaan pertama (pembacaan sekilas dan pra pembacaan)
3- Pembacan kedua (pembacaan secara analitis)
*mengelaskan buku
*memahami istilah-istilah pengarang
*memahami mesej pengarang

kalau kita mengamalkan pembacaan yang sebegini, tidak mustahil kita akan mencapai pemahaman yang paling maksima untuk sesebuah buku itu..
mari belajar sama-sama ya, saya sendiri sedang mengaplikasikan teknik ini seperti yang diajarkan, Bak kata penulis "Buku adalah sesuatu guru yang tidak hadir di hadapan namun tetap memberi pengajaran kepada pembaca - pembacanya"'.



No comments:

Post a Comment