Monday, October 3, 2011

ULASAN BUKU (MAHATHIR MENYINGA)


* Usai pembacaan buku yang bertajuk Mahathir Menyinga hasil nukilan Ruhanie Ahmad,ynag saya pinjam di Perpustakaan Negeri Sabah saya terpanggil untuk berkongsi dengan anda semua isi buku ini...Buku (Mahathir Menyinga) dicetak buat kali pertama pada tahun 2006. Buku ini sebenarnya mengupas dan mengulas mengenai penbatalan Jambatan Indah yang diilhamkan oleh mantan Perdana Menteri Ke-4 Malaysia iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad. Saya tertarik untuk membaca buku ini kerana kulit luarannya yang menarik di samping itu tajuk buku yang menarik dan saya terpanggil untuk mengatahui idea penulis mengenai pembatalan Jambatan Indah yang sepatutnya siap sepenuhnya pada 2009.

-Saya akan menyelitkan sedikit isi buku ini namun tidak keseluruhan (ini kerana saya bukanlah penganalisis buku yang profesional).
- Penulis seorang yang amat pandai bermain dengan bahasa ini kerana Datuk Ruhanie Ahmad memulakan kerjayaanya di The New Straits Tines sejak 1972. Beliau berkelulusan Diploma Pentadbiran Awam dari ITM (UITM SHAH ALAM) & dalam bidang kewartawanan dari Essex, England.
- Penulis mula menulis buku dengan meluahkan nukilan dari hati beliau, dimana Datuk Ruhanie Ahmad banyak menggunakan perkataan - perkataan kiasan namun memberi kesan terhadap setiap pembaca buku beliau. Sesiapa yang berasal dari Johor (anak-anak muda yang ingin mengetahui apakah yang sebenarnya berlaku sehingga pembatalan Jambatan Indah terjadi pada 12 April 2006).
- Antara petikan buku yang menyentuh saya adalah, bilamana Datuk Ruhanie Ahmad meluahkan yang tersirat di hati beliau dengan sebuah puisi iaitu diberi tajuk "Mahu Ketemu" yang diterbitkan oleh Dewan Masyarakat pada 1972;

"Temasik tumpah darahku, wajahmu biru, hatiku layu.
Temasik tumpah darahku, dendangmu pilu, jiwaku ragu.
Temasik tumpah darahku, terpisah kita selama-lamanya,
antara gelora Selat Teberau, antara sejarah kisah nan lampau.
Temasik tumpah darahku, aku rindu mahu ketemu,
mendakap mesra hati luhurmu.
Temasik tumpah darahku, ada salasilah, punya sejarah, Istana Gelam warisan
moyangku, Panglima Tok Bongkok bajunya merah,
Laksmana Bentan bermandi darah, Hang Nadim pengibar panji pusaka,
bujur lalu melintang patah, pantang undur mengaku kalah."

*Terdapat juga beberapa perkataan lama yang baru bagi saya, dimana sebelun ini saya tidak pernah melihat perkataan "Kiasu" (kiasu adalah pekataan Hokkien) yang bermaksud "extreme fear of loosing" atau perasaan takut yang amat sangat untuk menghadapi kekalahan dalam sebuah masyarakat yang terlalu kompetatif.

*Di akhir sekali, konklusi yang dapat saya buat mengenai buku ini adalah, kita sebagai rakyat Malaysia kita layak mengetahui apakah sebab yang sebenarnya pembatalan Jambatan Indah yang sekarang tinggal sejarah. Namun apapun yang berlaku, kita percaya kerajaan mempunyi misi dan visi yang lain untuk memajukan Malaysia di mata dunia.

*Sekiranya ada yang tersilap dah tersalah dalam pengulasan saya untuk kali ini mohon maaf terutamanya kepada penulis buku Datuk Ruahanie Ahmad.

Sekain.....

No comments:

Post a Comment