Wednesday, October 12, 2011

ULASAN BUKU (PIALA KEHIDUPAN)

penulis: Nazehran Jose Ahmad
Buku dedikasikan pada: Allahyarham Mokhtar Dahari (Lagenda Bola Sepak Negara 1953-1991)
Diterbitkan pada: 2008 (cetakan pertama)
Dicetak oleh: Litmus Print Sdn. Bhd Selangor


Biodata penulis
Nazehran jose Ahmad atau nama sebenarnya ialah Nasran Ahmad bin Hizam dilahirakan pada 28 januari 1980 di kota Bharu, Kelantan dan menetap di Johor Bahru. Beliau adalah garaduan dari Universiti teknologi Mara dengan memperolehi Diploma pengurusan dan teknologi Pejabat. Kini, beliau menyambung pengajian dalam ijazah sarjana muda komunikasi massa (Kepujian) (kewartawanan) di universiti yang sama di Shah Alam. Novel pertama yang dihasilkan oleh beliau ialah piala kehidupan. Segala maklumat lanjut berhubung novel beliau boleh melawat laman webnya; www.nazehranjoseahmad.com

Sinopsis Buku
Piala kehidupan berkisar mengenai dunia bola sepak yang berlatarbelakangkan sekitar tahun 90an beberapa siri piala yang menjadi kebangaan negara; piala FA, Pala Sumbangshi, Piala Liga, Piala Malaysia dan Piala Dunia sebagai penampilan istimewa. Novel ini juga mengungkap isu rasuah, permainan politik dalam kancah bola sepak, penyalahgunaan dadah steriod, isu pemain import mahupun niat sabotaj yang lumrahnya wujud di kalangan pemain. Nama-nama besar dalam bola sepak seperti Azman Adnan, Ismail Ibrahim, Fidadi Mohammed dan mahupun bintang bola sepak terkenal dunia turut menjadi tarikannya yang tersediri. Kombinasi jalan cerita yang menarik antara cinta kepada kemanusiaan dan semangat persahabatan dalam sesebuah pasukan begitu penting dalam mewujudkan perpaduan, menjanjikan kepuasan dan kelainan dari segi tema dan jalan ceritanya....



*selamat membaca novel ini-kepada pencinta-pencinta bola sepak tempatan ini adalah novel yang baik untuk mengenal bintang - bintang veteran bolasepak tempatan.

No comments:

Post a Comment